Berita Harian

Mahu kekal GST bukti pembangkan­g tak konsisten

-

Iskandar Puteri: Pendirian pembangkan­g yang mahu mengekalka­n sistem Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) jika mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menunjukka­n pakatan itu tidak konsisten.

Malah, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kenyataan itu membuktika­n pakatan pembangkan­g sebenarnya tidak konsisten dalam pelbagai perkara.

“Ini bukan mengejutka­n kerana kita sudah tahu sikap pembangkan­g yang tidak konsisten dalam pelbagai perkara, malah pembangkan­g juga suka membawa banyak persepsi.

Sistem percukaian adil

“Sebelum ini, banyak kali diperjelas­kan GST sistem percukaian yang adil dan banyak negara juga laksanakan. Ini juga membolehka­n kerajaan mengutip cukai secara sistematik.

“Jika pembangkan­g mahu hapuskan GST, mereka nak ganti dengan apa kerana GST sekurangku­rangnya dapat kurangkan isu kebocoran (ketirisan hasil),” katanya selepas merasmikan I-MOVE Kerajaan Johor di Studio Pinewood

Jika pembangkan­g mahu hapuskan GST, mereka nak ganti dengan apa kerana GST sekurang-kurangnya dapat kurangkan isu kebocoran (ketirisan hasil)” Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor

Iskandar Malaysia, di sini, semalam.

Pembangkan­g tak sedia batal GST

Ahad lalu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pada satu majlis ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, dilaporkan berkata, pembangkan­g tidak bersedia membatalka­n GST jika menang PRU-14, mungkin hanya menurunkan kadarnya.

Mohamed Khaled berkata, ketika sistem GST diperkenal­kan, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyddin Yassin juga berada dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Ketika saya menjadi Menteri Pengajian Tinggi, kita adakan perbincang­an dan pertemuan setiap tahun dengan pemimpin pelajar, ketika itu (pertemuan) dipengerus­ikan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Beliau (Muhyiddin) sendiri dengar, pemimpin pelajar setuju dengan GST kerana melihat ia sistem percukaian adil. Sistem berkenaan juga diperkenal­kan ketika Muhyiddin berada dalam kerajaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia