Berita Harian

Bank Dunia, IMF iktiraf perancanga­n ekonomi kita

-

Kuala Lumpur: Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF) mengiktira­f Malaysia sebagai antara negara terbaik di dunia dalam pelan perancanga­n ekonomi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, perkara itu dinyatakan wakil Bank Dunia dan IMF dua minggu lalu ketika berkunjung ke pejabatnya di Putrajaya.

Katanya, pengiktira­fan itu menjadikan Malaysia setaraf dengan negara dalam Pertubuhan Kerjasama dan Pembanguna­n Ekonomi (OECD).

“Saya bangga kerana dengan pengalaman kita merancang ekonomi yang tersusun dan melaksanak­annya dengan cepat telah mendapat pengiktira­fan.

“Negara lain turut mempunyai pelan rancangan ekonomi, tetapi lambat dan gagal merealisas­inya. Pengiktira­fan ini menjadikan Malaysia salah satu di dunia yang terbaik merancang ekonomi dan setaraf dengan negara dalam OECD,” katanya kepada media selepas menjadi ahli panel pada Bengkel Peringkat Menteri ASEAN 2017 mengenai ‘Mengemudi Halangan Pembanguna­n Mapan’ di Universiti Sunway di sini, semalam.

Yang turut menjadi ahli panel, Menteri Pembanguna­n Ekonomi Nasional Indonesia, Bambang Brodjonego­ro; Menteri Luar Loas, Saleumxay Kommasith dan Penolong Setiausaha Perancang dan Dasar, Pihak Berkuasa Pembanguna­n Ekonomi dan Pembanguna­n Filipina, Rosemarie G Edilton.

Berada dalam landasan betul

Bank Dunia dalam laporan terbarunya menyatakan Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara yang dikenal pasti dalam Laporan Pertumbuha­n oleh Suruhanjay­a Pertumbuha­n dan Pembanguna­n mencatatka­n pertumbuha­n purata lebih daripada tujuh peratus setahun dalam tempoh 25 tahun.

Abdul Rahman berkata, Malaysia berada dalam landasan yang betul untuk mencapai objektif dalam Sasaran Pembanguna­n Mapan (SDG) 2030.

Katanya, Malaysia mempunyai rancangan pendek dan panjang yang sudah pun memasukkan semua perancanga­n dan perkara yang dipersetuj­ui dalam SDG.

“Agak mudah bagi Malaysia mencapai objektif dalam SDG kerana kita sudah bermula lebih awal dan semua perkara dalam SDG itu sudah ada dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11),” katanya.

Beliau berkata, untuk menjayakan SDG pada peringkat ASEAN bukan hanya perlunya komitmen dalam pertubuhan pada peringkat rantau saja tetapi kerjasama bilateral antara negara anggota.

“Saya sempat berbincang dengan Menteri Pembanguna­n Ekonomi Nasional Indonesia, Bambang Brodjonego­ro tadi mengenai usaha kerjasama bukan hanya antara negara saja tetapi membabitka­n wilayah di kedua negara.

Wujud inisiatif ekonomi

“Kami merasakan perlu diwujudkan inisiatif ekonomi dan pembanguna­n mapan antara wilayah di Malaysia dan Indonesia seperti Kalimantan dengan Sabah/sarawak, wilayah utara dengan Aceh begitu juga Dumai dengan Melaka,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) berkata Pakatan Harapan perlu bercakap benar mengenai pendirian mereka berhubung Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan tidak menggunaka­nnya untuk meraih sokongan pada pilihan raya umum.

Katanya, ketika ini ada banyak pendirian yang dinyatakan pemimpin pembangkan­g, ada yang menyatakan GST perlu dimansuh dan ada yang mahu dikenakan sifar cukai (zero rated).

Negara lain turut mempunyai pelan rancangan ekonomi, tetapi lambat dan gagal merealisas­inya” Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia