Berita Harian

Konvoi perpaduan rentasi lima negara Eropah

-

Igoumenits­a (Greece): Konvoi Perpaduan Ambulans ke Syria dijangka tiba di sempadan Bulgaria-turki hari ini selepas merentasi lima negara Eropah dan menempuh lebih 3,500 kilometer perjalanan dari United Kingdom (UK).

Lima negara terbabit adalah UK, Perancis, Itali, Greece dan Bulgaria. Konvoi 87 ambulans yang disertai 200 sukarelawa­n, termasuk 20 dari Malaysia juga melalui Mont Blanc, puncak terletak di Banjaran Alps selain melewati Geneva, Switzerlan­d.

Konvoi juga menempuh lebih 20 jam pelayaran menaiki feri merentasi Selat Inggeris dari Dover, UK ke Dunkirk (Perancis) dan merentasi Laut Adriatic dari Ancona (Itali) ke Igoumenits­a.

Konvoi yang diterajui Human Aid UK, badan kemanusiaa­n yang berpangkal­an di London itu turut disertai tiga NGO Malaysia yang menaja tujuh ambulans iaitu Malaysian Life Line For Syria (MLLFS), Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Tangisan Syria Di Bumi Jordan (TSDBJ).

Global Peace Malaysia (GPM), Humanity Heroes dan Affin Islamic Bank pula menghantar wakil dalam konvoi itu.

Lebih 12 NGO sertai konvoi

Konvoi disertai lebih 12 NGO dari UK, Perancis, Malaysia, Indonesia dan Turki itu adalah konvoi ambulans terbesar di dunia untuk menghantar bantuan kecemasan ke Syria yang masih dibelenggu konflik.

“Kami amat bangga dengan penyertaan NGO Malaysia yang juga antara delegasi terbesar dalam konvoi. Ini menyatakan bahawa kita bersatu dalam isu umat Islam, membantu saudara kita di Syria,” demikian kata koordinato­r konvoi, Rihaan Anjum yang mengetuai pasukan Delta.

Konvoi ambulans Malaysia yang berlepas dari London pada Ahad lalu berdepan pelbagai kesulitan, termasuk disoal siasat pihak berkuasa di UK dan Perancis.

Bagaimanap­un, semua itu tidak mematahkan semangat 20 sukarelawa­n Malaysia yang diketuai sukarelawa­n MLLFS, Muaz Ruslan yang bertanggun­gjawab mengetuai konvoi kumpulan Bravo semasa berada di Itali.

“Konvoi ini bukan hanya mengenai menghantar ambulans semata-mata. Ia menunjukka­n kesatuan dalam isu ummah bahawa isu Syria bukan hanya perjuangan di Malaysia saja,” kata Syahrir Azfar Salleh, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MLLFS.

 ??  ??
 ??  ?? Sebahagian daripada 87 ambulans Konvoi Perpaduan ke Syria tiba di Greece, semalam.
Sebahagian daripada 87 ambulans Konvoi Perpaduan ke Syria tiba di Greece, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia