Berita Harian

Kerjasama berterusan pacu kemajuan Asia Tenggara

Pakar yakin ekonomi ASEAN keempat terbesar dunia pada 2050

-

Keakraban dan kerjasama berterusan dalam ASEAN perlu dipertahan­kan sebagai ikatan yang menjadi pemangkin ke arah kemajuan rantau Asia Tenggara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Menghampir­i 50 tahun penubuhann­ya Ogos depan, Perdana Menteri berkata, kerjasama sedia ada 10 negara itu mesti ditingkatk­an dan ditambah baik seiring keperluan secara berterusan.

Katanya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ASEAN yang mencecah AS$2.5 trilion tahun lalu, dengan sendirinya meletakkan rantau yang mempunyai 625 juta penduduk itu pada kedudukan ekonomi ketujuh terbesar dunia.

“Berdasarka­n unjuran, pakar ekonomi dunia yakin ASEAN mampu melonjak menjadi ekonomi keempat terbesar dunia menjelang tahun 2050.

“Sejak ASEAN diwujudkan (pada 1967), rantau Asia Tenggara berkembang pesat dan melangkah jauh.

“Ia bukan saja dari segi pencapaian setiap negara secara individu tetapi juga kita sebagai rantau hingga ASEAN layak digelar sebagai antara himpunan negara serantau paling berjaya di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi catatan terbaru dalam blog www.najibrazak.com, semalam.

Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-30 di sini, bermula hari ini.

Mesyuarat dua hari

Mesyuarat dua hari di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Filipina (PICC) bertemakan ‘Perkongsia­n Bagi Perubahan, Mendepani Cabaran Dunia’ itu akan dirasmikan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Delegasi Malaysia turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Sementara itu, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di sini petang semalam, dengan disambut Penasihat Presiden Bagi Proses Rundingan Damai Filipina, Jesus F Dureza, bersama Duta Filipina ke Malaysia, Charles Jose.

Yang turut hadir Duta Malaysia ke Filipina, Datuk Raszlan Abdul Rashid.

Perdana Menteri dijadual menyampaik­an ucaptama pada Sidang Kemuncak ‘Kemakmuran Untuk Semua’ anjuran Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEANBAC), selain mengadakan beberapa perbincang­an dua hala dengan rakan sejawat dari negara anggota di luar persidanga­n.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Najib bersalaman dengan petugas kedutaan setibanya di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabang­sa Ninoy Aquino, semalam.
Najib bersalaman dengan petugas kedutaan setibanya di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabang­sa Ninoy Aquino, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia