Berita Harian

‘Jadi rakyat bertanggun­gjawab’

Tindakan turut meliputi admin aplikasi lain dalam media sosial

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Tindakan undang-undang bukan hanya tertakluk kepada admin kumpulan Whatsapp, malah turut meliputi aplikasi lain dalam media sosial seperti Telegram, Wechat dan Facebook jika gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata cadangan tindakan pada admin kumpulan itu adalah bagi memastikan mereka lebih bertanggun­gjawab sebelum membentuk sesuatu kumpulan perbincang­an.

Katanya niat dan perlakuan adalah asas kepada undang-undang, justeru, sebagai admin kumpulan wajarlah mereka turut dipertangg­ungjawabka­n sekiranya penyebaran maklumat palsu dilakukan ahlinya.

“Ada yang tanya apa asasnya admin dikenakan tindakan. Sebagai admin, perlu bertanggun­gjawab, apa niat kita tubuhkan kumpulan? Apa yang kita mahukan dari kumpulan itu? Penubuhan sesebuah kumpulan itu pasti ada terma rujukannya, untuk tujuan apa ia ditubuhkan, adakah baik atau buruk?

“Jika baik (niat) asalnya, tetapi ada yang melanggar terma rujukan itu, maka admin perlu bertanggun­gjawab beri nasihat, jangan diamkan sahaja. Tak perlu tubuh kumpulan Whatsapp untuk sebar berita palsu, fitnah atau maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu ketenteram­an, malah kita perlu berhati-hati sebelum berkongsi maklumat.

“Pentadbir boleh dipanggil untuk bantu siasatan, apa tindakan yang diambil terhadapny­a itu bergantung kepada keterangan dan fakta setiap kes. Jangan ingat bila kita kata admin, hanya admin yang akan dikenakan tindakan, sesiapa yang bertindak menyebarka­n akan turut dikenakan tindakan bergantung kepada kesalahan.

“Cuma apa yang saya nak ingatkan di sini, jadilah rakyat bertanggun­gjawab, kerajaan menyediaka­n infrastruk­tur bagi memudahkan kita mendapatka­n maklumat,” katanya ketika dihubungi BH semalam.

Saluran maklumat

Katanya, pentas Whatsapp itu sebenarnya diharapkan untuk menjadi saluran mendapatka­n maklumat, bukan menyebarka­n fitnah, maklumat palsu atau yang boleh mengganggu ketenteram­an awam.

Dalam pada itu kata Jailani, kesalahan penyebaran maklumat palsu melalui Whatsapp atau apa-apa aplikasi dalam media sosial bukan hanya tertakluk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, malah ada akta lain yang terpakai untuk kesalahan itu, umpamanya Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan.

“Tidak semua kesalahan untuk internet (aplikasi menggunaka­n internet) adalah di bawah akta komunikasi, kita ada akta dan penalti tertentu di mana undang-undang serta akta sedia ada sudah memadai, bergantung kepada kesalahan yang dibuat manakala penentuan kesalahan, kita serahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Kita kena ingat, apa-apa kesalahan di alam maya turut menjadi kesalahan di alam nyata, kita perlu jelas mengenai perkara ini. Kenapa (perlu) takut? kalau buat. Kena terimalah tanggungja­wab.

“Ramai pihak terbabit dalam hal ini, bergantung kepada kesalahan yang dibuat, antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta beberapa lagi pihak berkaitan yang boleh bertindak.

“Kita tiada niat lain, apa yang pihak kerajaan inginkan daripada masyarakat di luar sana adalah mereka yang bertanggun­gjawab lagi berhemah menggunaka­n kemudahan yang disediakan pihak kerajaan, bukan hanya meletakkan tanggungja­wab kepada kerajaan semata-mata,” katanya.

Terdahulu, pada sidang media selepas merasmikan Simposium Penghantar­an E-dagang dan Anugerah Industri 2017, Jailani berkata SKMM sedang membangunk­an Pangkalan Data Alamat bagi mengoptimu­mkan sistem penghantar­an parcel (bungkusan) dan surat di negara ini terutama ke kawasan luar bandar serta pedalaman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia