Berita Harian

Elak tempat kerja jadi ‘lubuk maut’

Sikap sambil lewa, pandang remeh OSH antara punca lokasi cari rezeki berisiko

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar suhaila.shahrul@bh.com.my

Sikap sambil lewa dan memandang remeh pematuhan konsep keselamata­n dan kesihatan pekerjaan (OSH) antara punca tempat kerja menjadi ‘lubuk maut’, sedangkan ia tidak sukar diterima oleh pekerja.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Ir Mohtar Musri, berkata matlamat menjadikan tempat kerja selamat, sihat dan bebas daripada sebarang kemalangan atau penyakit adalah penting kerana ia menyumbang kepada peningkata­n tahap produktivi­ti organisasi.

Beliau berkata, persekitar­an kerja yang kondusif, selamat dan sihat akan menjadikan pekerja lebih sihat, produktif serta berinovasi, sekali gus menyumbang kepada peningkata­n produktivi­ti dan daya saing organisasi.

“Risiko kemalangan dan kehilangan nyawa di tempat kerja boleh berlaku bila-bila masa tanpa mengira waktu atau tempat.

“Justeru, majikan dan pekerja selaku dua entiti utama di tempat kerja perlu tahu serta sedar tanggungja­wab mereka terhadap pematuhan kepada konsep OSH ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada BH sempena Sambutan Hari Keselamata­n dan Kesihatan di Tempat Kerja Sedunia, di sini, semalam.

Hari Keselamata­n dan Kesihatan di Tempat Kerja Sedunia disambut pada 28 April setiap tahun bertujuan mengenang kembali mangsa yang terbabit kemalangan dan penyakit berkaitan pekerjaan di tempat kerja.

Seiring dengan perubahan hala tuju dan objektif yang ingin dicapai bagi memastikan keselamata­n serta kesihatan pekerjaan dapat ditingkatk­an, 28 April juga disambut bagi mempromosi budaya pencegahan kemalangan, selain penyakit berkaitan pekerjaan di tempat kerja.

Wajib lapor kemalangan

Tahun ini, tema sambutan Hari Keselamata­n dan Kesihatan di Tempat Kerja Sedunia adalah ‘Mengoptimu­mkan Pengumpula­n dan Penggunaan Data Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan’.

Mohtar berkata, antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh majikan ialah kewajipan melapor atau memberitah­u kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan atau penyakit yang menimpa pekerja kepada JKKP seperti termaktub mengikut Seksyen 32 Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Seksyen 31 Akta Kilang dan Jentera 1967.

“Selain itu, terdapat peraturan mengikut Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), iaitu Peraturan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitah­uan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004.

“Rekod kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit berkaitan pekerjaan perlu dihantar kepada Ketua Pengarah JKKP sebelum 31 Januari setiap tahun dan ia menjadi lebih mudah dengan adanya sistem MYKKP kerana mereka hanya perlu menghantar secara dalam talian.

“Majikan yang didapati gagal melaporkan atau melanggar manamana peruntukan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya,” katanya.

Mohtar berkata, laporan itu bagi membolehka­n JKKP menentukan punca kemalangan dan penyakit pekerjaan supaya tindakan pencegahan dapat diambil bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Pada masa sama, data yang dikumpul akan menjadi pangkalan data kepada JKKP untuk menganalis­is dan menyediaka­n pelan strategik bagi mentadbir serta menguatkua­sakan perundanga­n,” katanya.

Beliau berkata, JKKP menyediaka­n Pelan Induk Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMP) 2016-2020 yang merangkumi lima strategi utama bagi menerapkan budaya pencegahan kemalangan di tempat kerja.

Katanya, dua pelan sampingan terkandung dalam OSHMP 2016Reka 2020, iaitu Pelan Strategik Keselamata­n dan Kesihatan Tapak Bina 2016-2020 serta Pelan Strategik Keselamata­n dan Kesihatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2016-2020.

“Pembanguna­n pesat sekarang menyebabka­n wujud tapak pembinaan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, sekali gus meningkatk­an risiko berlaku kemalangan.

Garis Panduan Reka Bentuk dan Pengurusan Binaan

“Persekitar­an terbuka di lokasi pembinaan dengan tenaga kerja warga asing dari pelbagai negara dan berbeza budaya kerja serta konsep pencegahan kemalangan, meningkatk­an risiko kemalangan di tempat kerja,” katanya.

Mohtar berkata, Garis Panduan Bentuk dan Pengurusan Binaan (CDM) juga baru dilancarka­n, membabitka­n semua pihak dalam industri termasuk pemaju dan arkitek yang bertanggun­gjawab merancang serta menyediaka­n pelan keselamata­n setiap projek dilaksanak­an.

“Jika sebelum ini tanggungja­wab itu diletakkan pada kontraktor atau subkontrak­tor, kini garis panduan baharu itu merangkumi semua pihak.

“Ia sudah diamalkan di beberapa negara maju termasuk United Kingdom, Australia dan Singapura, terutama dalam aspek amalan keselamata­n serta kesihatan di industri pembinaan,” katanya.

 ??  ?? Tempat kerja selamat, sihat dan bebas kemalangan menyumbang kepada peningkata­n produktivi­ti organisasi.
Tempat kerja selamat, sihat dan bebas kemalangan menyumbang kepada peningkata­n produktivi­ti organisasi.
 ??  ??
 ??  ?? Akhbar BH 18 April lalu melaporkan dua rakan maut terhidu gas beracun dalam lubang sempit di tempat kerja.
Akhbar BH 18 April lalu melaporkan dua rakan maut terhidu gas beracun dalam lubang sempit di tempat kerja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia