Berita Harian

‘Kami terkejut Latif menang’

Romly, isteri tak sangka anak dinobat Olahragawa­n Kebangsaan

- Oleh Muhammad Mustakim Ramli

“Saya dan isteri terkejut… kami ingatkan Datuk Lee Chong Wei atau Azizulhasn­i Awang yang dinobatkan sebagai Olahragawa­n Kebangsaan, sebaliknya anak saya, Latif...alhamdulil­ah syukur atas kejayaan itu,” kata bapa pemenang pingat emas acara lompat jauh T20 Sukan Paralimpik Rio 2016, Romly Mat, 64.

Keluargany­a tidak menyangka Abdul Latif Romly, 20, dinobatkan sebagai Olahragawa­n Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2016 di Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Romly berkata, beliau dan isterinya, Salmah Yatim, 59, pada mulanya beranggapa­n atlet lain yang akan dinobatkan untuk anugerah itu berikutan anaknya masih baharu dalam sukan berbanding calon lain.

“Jika dibandingk­an Chong Wei dan Azizulhasn­i dengan Latif, kedua-dua atlet itu lebih berpengala­man selain turut mengharumk­annegara di Olimpik Rio 2016,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Kampung Paya Kelubi, Bukit Kateri, di sini, semalam.

Cetus semangat

Romly berkata, kejayaan anak bongsu daripada tujuh adik beradik itu disaksikan­nya secara langsung di kaca televisyen bersama isteri, anak dan cucunya pada malam kelmarin.

“Saya berharap kejayaan ini mencetuska­n semangat buat Latif untuk terus berlatih bersungguh-sungguh demi mengharumk­an nama negara.

“Kami sekeluarga sentiasa menyokong dan berdiri teguh di belakangny­a untuk terus berjaya pada masa hadapan,” katanya.

BH Sukan semalam melaporkan, Abdul Latif yang juga pemenang pingat emas acara lompat jauh T20 memahat sejarah sukan negara apabila dinobatkan Olahragawa­n Kebangsaan pada majlis ASN 2016.

Sejak anugerah itu mula dipertandi­ngkan pada 1966, ini kali pertama atlet paralimpik kebangsaan memenangi anugerah paling berprestij itu menerusi Latif yang sebelum ini didominasi atlet-atlet normal.

 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Romly dan isteri Salmah Yatim menunjukka­n pingat yang dimenangi mereka di Kampung Paya Kelubi, Padang Besar, semalam. Latif di kediaman
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Romly dan isteri Salmah Yatim menunjukka­n pingat yang dimenangi mereka di Kampung Paya Kelubi, Padang Besar, semalam. Latif di kediaman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia