Berita Harian

Airasia X taja penerbanga­n skuad negara ke Gold Coast

- Oleh Helmi Talkah

Sepang: Skuad badminton kebangsaan yang akan beraksi pada saingan Piala Sudirman menerima suntikan semangat apabila Airasia X mengumumka­n penajaan untuk menjadi syarikat penerbanga­n rasmi menerbangk­an pasukan itu ke Gold Coast, Australia, bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Airasia X, Benyamin Ismail, berkata ia adalah sebahagian daripada inisiatif sukan #Daretodrea­m syarikat penerbanga­n tambang rendah jarak jauh itu.

“Ia adalah penghormat­an kepada kami untuk menerbangk­an pemain badminton kebangsaan ke Gold Coast untuk saingan Piala Sudirman.

“Sebagai sukan nombor satu Malaysia, kejohanan dua tahun sekali ini pastinya akan menjadi tumpuan dan kami gembira dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan pasukan Malaysia dalam usaha merangkul gelaran juara.

“Kami kini beroperasi sebanyak 11 penerbanga­n seminggu dari Kuala Lumpur ke Gold Coast, dengan penerbanga­n seterusnya setiap hari ke Auckland.

Tambang rendah

“Melalui tambang rendah kami, peminat badminton dari Malaysia, New Zealand dan rantau ini boleh terbang ke Gold Coast bagi memberi sokongan kepada pasukan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media mengumumka­n penajaan itu di Air Asia Redq di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai; Pengurus Besar BAM, Lawrence Chew; Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen dan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-goh Liu Ying.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia