Berita Harian

Langkah AS runding 2 negara pacu bursa

- SAHAM ASIA

Kebanyakan pasaran Asia kembali pulih daripada kejatuhan yang dicatatkan pada awal dagangan semalam berikutan Amerika Syarikat (AS) berkata ia akan berunding semula perdaganga­n bebas dengan Kanada dan Mexico.

Ekuiti merentasi rantau itu memulakan dagangan dalam nada negatif selepas mencatatka­n peningkata­n selama empat hari dan peniaga menilai peluang Kongres meluluskan penguranga­n cukai besar-besaran yang diumumkan kelmarin.

Rumah Putih berkata, ketigatiga negara akan menyemak semula Perjanjian Perdaganga­n Bebas Amerika Utara (NAFTA) berusia 22 tahun itu dengan pantas.

Berita itu memberikan kelegaan terhadap dagangan di pasaran saham berikutan Trump yang sebelum ini mengecam perjanjian itu - yang disifatkan sebagai ‘bencana’ yang membunuh pekerjaan rakyat Amerika - serta juga perjanjian lain yang dimeterai AS pada peringkat global.

Kegelisaha­n mengenai perang perdaganga­n mungkin memuncak minggu ini apabila Washington mengenakan 20 peratus tarif import kayu halus dari Kanada.

“Ia adalah keistimewa­an saya untuk membawa NAFTA yang lebih terkini melalui rundingan semula,” kata Trump dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n Rumah Putih.

“Saya percaya bahawa keputusan akhir akan menjadikan ketigatiga negara yang lebih kukuh dan lebih baik,” katanya.

Peso Mexico dan dolar Kanada melonjak semula daripada jualan awal selepas pengumuman NAFTA.

Di pasaran ekuiti Asia, Tokyo ditutup 0.2 peratus lebih rendah selepas mencatatka­n rali dalam tempoh empat hari.

Pengeluar beg udara, Takata jatuh 20 peratus selepas satu laporan menyatakan ia menimbangk­an untuk memfailkan perlindung­an muflis dan kemudian menjadikan perniagaan utamanya kepada syarikat baharu.

Bagaimanap­un, Hong Kong meningkat 0.5 peratus bagi peningkata­n enam hari berturuttu­rut, sementara Sydney naik 0.2 peratus.

Shanghai mengakhiri dagangan 0.4 peratus lebih tinggi dan Wellington naik 0.3 peratus.

Pada awal dagangan Eropah, London jatuh 0.4 peratus, manakala Frankfurt dan Paris, masingmasi­ng merosot 0.3 peratus.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Tiga negara akan menyemak semula Perjanjian Perdaganga­n Bebas Amerika Utara (NAFTA).
[ FOTO AGENSI ] Tiga negara akan menyemak semula Perjanjian Perdaganga­n Bebas Amerika Utara (NAFTA).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia