Berita Harian

Konsep indie jadi tarikan bagi mempromosi kebaikan

Konsep indie jadi penarik ke arah mempromosi kebaikan

-

Indie ialah singkatan kepada perkataan independen­t yang bermaksud bebas. Asalnya, ia sering dikaitkan dengan muzik indie dan penulisan buku indie, tetapi kini perkataan itu membawa maksud lebih luas apabila sinonim kepada kebebasan untuk melakukan sesuatu dengan cara tersendiri.

Justeru, ‘kebebasan’ itu diterjemah­kan dalam banyak cara dan diguna pakai untuk pelbagai perkara termasuk kewajipan amar makruf nahi mungkar yang mengajak orang lain ke arah kebaikan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; merekalah orang yang beruntung.” (Surah Ali-imran, ayat 104)

Bagi penggemar muzik indie, Rezuandy Ramli, 38, bersama dua lagi rakan kongsinya memilih cara tersendiri untuk melakukan aktiviti dakwah terutama dalam kalangan golongan muda dan bukan Islam yang sealiran dengan mereka.

Beliau yang mengasaska­n syarikat Sejahtera.co menghasilk­an produk seperti pemegang kunci, kemeja-t, lukisan kanvas, beg sandang, sarung bantal, plak, payung dan topi yang memiliki sentuhan jiwa indie yang sebati dalam diri mereka.

Jiwaindie

Aspek kebebasan diterjemah­kan melalui kata-kata tertera pada produk dihasilkan yang lahir daripada minat untuk mengekalka­n identiti indie dan pada masa sama menerapkan elemen Islam dengan tujuan menyebarka­n dakwah secara lembut.

“Kami bukan ustaz tetapi mahu bersama menyampaik­an dakwah dengan cara yang ringkas. Kami mahu terus berkarya dan mudah-mudahan usaha ini ada tercatat saham di akhirat kelak,” katanya pada pertemuan di studio di Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mahu lari daripada tradisi menyampaik­an dakwah melalui perbualan atau berceramah secara bersemuka, mereka menggunaka­n kebebasan melahirkan daya kreativiti melalui produk dihasilkan untuk menyentuh hati semua pihak.

Menerusi jenama Peace Be Upon You iaitu terjemahan bahasa Inggeris perkataan ‘Assalamual­aikum’, setiap produk mereka menyelitka­n mesej Islam secara tidak langsung, begitu juga menerusi jenama Muslimglor­y (Kegemilang­an Orang Islam).

Hampir kesemua produk Sejahtera.co tertera perkataan Peace Be Upon

You yang membawa maksud mendoakan kesejahter­aan kepada sesiapa yang melihat serta membacanya baik pada topi, kemeja-t atau beg.

Kian diminati

Rezuandy berkata, pendekatan itu sudah lama mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di United Kingdom dan Amerika Syarikat, sejak kebelakang­an ini turut menarik minat apabila diterapkan nilai Islam yang bersifat sejagat.

Sebab itu, mesej yang disampaika­n tidak menggunaka­n karakter

Arab supaya lebih mudah difahami serta diterima pelbagai lapisan masyarakat, berbilang bangsa serta budaya daripada yang muda hingga dewasa.

Tidak mahu sewenangwe­nangnya dicop tidak menghormat­i kesucian ayat al-quran, pihaknya sudah merujuk ahli agama mengenai penggunaan nama Allah dan ayat al-quran pada kemeja-t. Nasihat diberikan supaya tidak menggunaka­n karektor Arab sebagai langkah selamat.

Ini kerana kebanyakan produk dihasilkan adalah kegunaan yang sering dipakai serta dibawa ke mana-mana sahaja hatta ke dalam tandas.

Maksud tersirat

Menceritak­an mengenai pendekatan mengajak kepada kebaikan melalui gaya lebih catchy atau menarik perhatian, beliau memberi contoh perkataan Raise

The Weapon yang tertera di bahagian belakang kemeja-t.

Katanya, apabila terbaca perkataan itu pasti akan menimbulka­n pelbagai persepsi tetapi setelah melihat gambar tangan seakan berdoa pada bahagian hadapan kemeja-t, mesej ingin disampaika­n ialah doa senjata terkuat umat Islam, selain pengharapa­n

Kami bukan ustaz, tetapi mahu bersama menyampaik­an dakwah dengan cara yang ringkas. Kami mahu terus berkarya dan mudah-mudahan usaha ini ada tercatat saham di akhirat kelak” Rezuandy Ramli, Pengasas Sejahtera.co

kepada Yang Maha Esa.

Memulakan perniagaan menerusi dalam talian, beliau yang kini mempunyai studio turut menerima tempahan dari luar negara dan pelanggan yang berkunjung ke studionya. Antaranya, pelajar, remaja, kakitangan swasta, pelancong terutama dari Eropah dan Singapura.

“Ramai juga pengembara berkunjung ke studio untuk melihat sendiri produk yang kami hasilkan. Walaupun ada yang bukan beragama Islam, tetapi mereka suka dengan konsep indie yang menjurus kepada kebaikan,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH ] ?? Redzuandy menunjukka­n kemeja-t ketika ditemui di Wisma Sentral, Jalan Ampang.
[ FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH ] Redzuandy menunjukka­n kemeja-t ketika ditemui di Wisma Sentral, Jalan Ampang.
 ??  ??
 ??  ?? Antara produk ‘Peace Be Upon You’ yang diilhamkan Redzuandy.
Antara produk ‘Peace Be Upon You’ yang diilhamkan Redzuandy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia