Berita Harian

Najib komited pastikan Malaysia miliki infrastruk­tur bertaraf dunia

Pembinaan kemudahan cipta lebih banyak peluang pekerjaan

- Oleh Fahmy Azril Rosli

Datuk Seri Najib Razak komited membina infrastruk­tur bertaraf dunia untuk Malaysia meskipun berdepan kecaman pembangkan­g berhubung kemampuan pentadbira­nnya.

Perdana Menteri berkata, infrastruk­tur tempatan akan dipelihara, dibuka sebagai lokasi pelanconga­n terbesar negara, menarik lebih banyak perdaganga­n dan peluang pekerjaan kepada rakyat, sekali gus menambah baik taraf hidup serta kemakmuran.

Menceritak­an detik kegemilang­an perdaganga­n zaman Laluan Sutera di mana ada signifikan antara hubungan Malaysia-china, beliau berkata, ketika itu wujud zon perdaganga­n terbuka kerana masyarakat­nya mempunyai minda terbuka dan bijaksana.

Katanya, prinsip keterbukaa­n ketika itu adalah demi kepentinga­n semua negara dan langsung tidak menggadai maruah dan martabat sesebuah negara kerana tiada kompromi mengenai soal kedaulatan.

“Keterbukaa­n yang sama turut berlaku pada hari ini. Kami mengalu-alukan pelaburan dari semua rakan kerana Malaysia adalah negara ‘penjelajah’ yang sentiasa memandang ke luar,” katanya dalam catatan di blog www.najibrazak.com semalam.

Nukilan sempena lawatan kerja Najib selama lima hari di China itu turut disiarkan menerusi artikel dalam sebuah portal negara itu, South China Morning Post.

Kaedah gaya baharu

Najib juga berkata, gagasan ASEAN melihat ada kebenaran dalam permainan itu dan menganggap­nya cuma kaedah gaya baharu dalam projek infrastruk­tur hasil daripada inisiatif China menerusi Inisiatif Belt & Road (OBOR).

“Kerjasama ini, sekali gus mewujudkan laluan kereta api China-laos, kereta Api berkelajua­n tinggi (HSR) Jakarta-bandung, HSR Nakhon Ratchasima-bangkok dan di Malaysia pula, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan bertindak sebagai jambatan bagi membolehka­n kos dan masa pengangkut­an yang cekap menghubung­kan Afrika, Asia Barat dan Asia,” katanya.

Mengulas mengenai lawatan singkatnya pada Mac lalu, Najib berkata, pelancaran Zon Perdaganga­n Bebas Digital yang pertama di dunia oleh Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma, adalah pemangkin kepada e-dagang dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Ia sekali gus akan menjadi hab utama bagi syarikat berasaskan internet global serta tempatan dengan mensasarka­n Asia Tenggara sebagai pasaran.

Kapal misi pesisir

Selain itu, persetujua­n membeli kapal misi pesisir dari China turut menguntung­kan Malaysia apabila ia menyediaka­n peluang pekerjaan di kedua-dua negara.

Dua kapal pertama sedang dibina di negara berkenaan. Selain membantu melindungi dan meningkatk­an keselamata­n rakyat Malaysia, ia memberi pengetahua­n kepada negara ini.

Kami mengalualu­kan pelaburan dari semua rakan kerana Malaysia adalah negara ‘penjelajah’ yang sentiasa memandang ke luar” Najib Razak, Perdana Menteri

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Najib menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an antara dua syarikat China dan Malaysia yang diwakili Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Irwan Serigar (duduk dua kiri).
[FOTO BERNAMA] Najib menyaksika­n majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an antara dua syarikat China dan Malaysia yang diwakili Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Irwan Serigar (duduk dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia