Berita Harian

Cybersecur­ity perkukuh langkah pantau serangan Wanacrypt0­r 2.0

Tingkat sistem keselamata­n kesan kandungan fail mencurigak­an

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi

Cybersecur­ity Malaysia akan menyediaka­n bantuan teknikal kepada mana-mana organisasi yang terjejas susulan serangan ransomware menerusi perisian kod hasad Wanacrypt0­r 2.0.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab memaklumka­n agensinya sentiasa memantau serangan penggodam di negara ini.

Beliau meminta pentadbir sistem mengukuhka­n segera keselamata­n sistem pengkomput­eran, bagi membolehka­n pengguna sedar kehadirann­ya, sekali gus mengelak mereka membuka kandungan e-mel dan fail mencurigak­an.

“Serangan ini menggunaka­n (SMB) dengan pembocoran (maklumat) dieksploit­asi sepenuhnya oleh Shadow Brokers.

Amaran berjaga-jaga

terbaharu “Perisian perosak merebak masuk ke sistem yang mudah terjejas melalui satu laluan keselamata­n dalam Windows yang sebelum ini sudah pun diperbaiki Microsoft. Baru-baru ini kami juga sudah mengeluark­an amaran berjaga-jaga dengan mengemukak­an langkah dan cadangan bagi menangani eksploitas­i oleh The Shadow Brokers,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Amirudin berkata, Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi agensi pakar keselamata­n sibernya semalam turut mengeluark­an amaran serangan ransomware itu.

Beliau meminta pengguna individu yang berdepan serangan atau mahukan maklumat pencegahan­nya supaya segera menghubung­i perkhidmat­an Cyber999.

Agensi media antarabang­sa melaporkan Wanacrypt0­r 2.0 sudah menyerang sistem komputer di hampir 100 negara, termasuk, Ukraine, Taiwan, Russia selain serangan terhadap syarikat gedung elektronik terbesar Sepanyol, Telefónica.

Penggodam juga melakukan serangan ke atas hospital di England sehingga melumpuhka­n sebahagian sistem komputer perkhidmat­an kesihatan negara itu.

Amiruddin berkata, kebanyakan ransomware yang disebarkan tersembuny­i dalam dokumen Word, PDF dan fail lain yang biasanya dihantar melalui emel atau melalui jangkitan sekunder pada komputer yang sudah terjejas virus.

Katanya, ransomware tidak hanya mensasarka­n pengguna di rumah, malah perniagaan, sehingga boleh kehilangan sementara atau kekal maklumat sensitif, gangguan kepada operasi, kerugian kewangan ditanggung bagi memulihkan sistem dan fail terjejas serta potensi kemudarata­n kepada reputasi organisasi.

Sementara itu, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahka­n tiada serangan ransomware dilaporkan di negara ini setakat semalam.

Kemas kini perisian komputer

Dalam satu kenyataan, agensi itu turut meminta orang ramai mengemaski­ni perisian pengkomput­eran mereka, memastikan semua hos komputer dilengkapi penyelesai­an antimalwar­e dan simpan data dalam cakera keras luaran.

Bulan lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman mendedahka­n ancaman jenayah pemerasan menerusi ransomware menyaksika­n aliran meningkat sejak awal tahun ini, membabitka­n kerugian RM997,206 sejak awal Januari sehingga pertengaha­n Februari lalu.

Ketua Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia­nya, Asisten Komisioner Ahmad Noordin Ismail, berkata 57 serangan ransomware dan e-kewangan direkodkan sehingga 17 Februari lalu, sementara tahun lalu, 1,040 kes dilaporkan membabitka­n kerugian RM48.3 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia