Berita Harian

PRK Pujut ujian pertama BN di kawasan Cina

-

Pilihan raya kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut, di bandar Miri, utara Sarawak kemungkina­n besar diadakan berikutan tindakan DUN Sarawak melulus usul memecat wakil rakyat

DAP, Dr Ting Tiong Choon kerana memiliki dua kerakyatan Malaysia dan Australia. Jika ini berlaku, bermakna ia ujian pertama sejak mutakhir ini, untuk Barisan Nasional (BN) dalam PRK di kawasan majoriti pengundi Cina. Dua PRK tahun lalu, iaitu Sungai Besar di Selangor dan Kuala Kangsar di Perak, adalah kawasan pinggir bandar yang ‘ala kampung’ dan ramai penganalis­is politik mengaitkan keputusan dengan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) itu sebagai petanda baik menjelang PRU14. Ini ditambah pula dengan kemenangan besar BN Sarawak dalam pilihan raya negeri pada Mei tahun lalu iaitu sebulan sebelum dua PRK itu berlangsun­g. Pujut adalah kawasan bandar Miri dengan jumlah pengundi 26,202, 68 peratus Cina dan 32 Bumiputera. Pada pilihan raya negeri tahun lalu, Dr Ting yang memperoleh 8,899 undi, menang majoriti 1,759, manakala calon BN mendapat 7,140 undi, Bebas (375) dan PAS (413). Meskipun politik Sarawak agak jauh berbeza dengan Semenanjun­g dalam banyak isu, tetapi sentimen pengundi Cina terhadap BN secara keseluruha­nnya tidak jauh berubah. Apakah BN bersedia untuk berdepan DAP dalam PRK Pujut? Atau PRK itu diadakan selepas PRU14 nanti, tetapi kita tidak pasti bila PRU akan diadakan. Namun PRK ini boleh dilewatkan, jika DAP memutuskan untuk membawa kes dua kerakyatan Dr Ting ke mahkamah dan mencabar keputusan DUN Sarawak. Tetapi jika mahkamah mentafsir tindakan DUN Sarawak sebagai bidang kuasa serta keistimewa­an, dengan sendiri mahkamah tidak boleh menentukan sama ada tindakan DUN betul atau tidak kerana itu di luar bidang kuasa mahkamah, mengikut Perlembaga­an.

Jika ini berlaku, Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), tiada pilihan kecuali mengadakan PRK bagi DUN Pujut. Namun, berdasarka­n keputusan pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu yang berjaya merampas beberapa kerusi DAP, peluang untuk BN menang kerusi DUN Pujut bukan sesuatu yang mustahil. Kira-kira 10 peratus pengundi Cina ketika itu beralih angin menyokong BN, menyebabka­n lima kawasan majoriti Cina yang dimenangi DAP sebelum ini, tumbang. Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem membuat dasar terbuka untuk kaum Cina, antaranya memberi pengiktira­fan Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) sekolah Cina dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kerajaan. Dasar itu masih diteruskan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang mengambila­lih jawatan Ketua Menteri Sarawak Januari lalu. PRK Pujut juga bakal menjadi PRK kedua di bawah pentadbira­n Abang Johari selepas PRK Tanjung Datu Mac lalu, dengan dimenangi BN.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia