Berita Harian

‘Noorain mahu jadi guru’

-

Sabak Bernam: Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UITM) yang maut dihempap pokok di kawasan air terjun dekat Janda Baik, awal pagi semalam, hanya tinggal setahun setengah untuk menamatkan pengajiann­ya.

Bapanya, Mohtar Mad Rani, 63, berkata Noorain Mohtar, anak kelima daripada sembilan beradik itu berminat menjadi guru dan menyambung pengajian dalam bidang pendidikan.

Katanya, Noorain ada memaklumka­n berhubung aktiviti yang akan diikuti ketika menghubung­inya malam Khamis lalu.

“Saya pesan supaya banyak berdoa ketika menjalani aktiviti itu. Beliau anak yang menurut kata dan sentiasa menghubung­i ibunya, (Aminah Rusni, 52).

“Kali terakhir Noorain pulang ke rumah pada 6 Mei lalu untuk menghadiri kenduri di rumah bapa saudaranya dan beliau tidak menunjukka­n sebarang perubahan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Sungai Besar, di sini, semalam.

Mohtar berkata, beliau terkejut mendengar kejadian yang menimpa anaknya, namun reda.

Bagaimanap­un katanya, isterinya yang bekerja di kantin Sekolah Kebangsaan Seri Makmur, dekat sini, begitu sedih apabila dimaklumka­n mengenainy­a.

Pilih lokasi lebih sesuai

Sehubungan kejadian itu Mohtar berharap, pihak yang ingin menganjurk­an aktiviti seumpama itu memilih lokasi bersesuaia­n selain menitikber­atkan keselamata­n peserta.

Sementara itu, seorang mangsa yang cedera dalam kejadian berkenaan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan, Muhammad Haziq Radzuan, 21, menjalani pembedahan bagi mengeluark­an darah beku di kepalanya, semalam.

Bapanya, Radzuan Kamaruddin, 57, berkata anaknya memasuki bilik bedah kira-kira jam 3 petang selepas pemeriksaa­n doktor mendapati ada darah beku di bahagian kiri kepalanya.

“Sewaktu tiba di hospital saya lihat tubuh anak saya tidak kelihatan sebarang kecederaan serius, cuma nampak ada luka di bahagian muka sebelah kiri dan kepalanya berbalut.

“Doktor yang membuat imbasan bagi mengesan sebarang kecederaan di bahagian tubuh dan kepala mendapati ada darah beku di bahagian kiri kepala Haziq,” katanya ketika ditemui di HKL.

Radzuan berkata, keluargany­a dimaklumka­n mengenai kejadian itu oleh anggota polis yang datang ke rumah mereka di Puncak Alam dan meminta saya menghubung­i HKL.

“Saya reda dengan apa yang berlaku, cuma sedikit terkilan kerana tidak sempat berjumpa Haziq sebelum berangkat mengikuti program itu,” katanya.

 ??  ?? Mohtar dan isteri menatap gambar anak mereka, Noorain yang maut dihempap pokok tumbang dalam aktiviti ikhtiar hidup di Lata Charok, Janda Baik.
Mohtar dan isteri menatap gambar anak mereka, Noorain yang maut dihempap pokok tumbang dalam aktiviti ikhtiar hidup di Lata Charok, Janda Baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia