Berita Harian

Ghaddar untuk dijual RM2 juta

Penyerang import dari Lubnan sahkan akan tinggalkan The Red Warriors

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad dan Attirmidzi­e Rahman

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) meletakkan harga sekurang-kurangnya RM2 juta kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatka­n khidmat penyerang import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar.

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata jika jumlah yang ditawarkan mencapai nilai yang ditetapkan atau pun keadaan memaksa, The Red Warriors (TRW) terpaksa melepaskan khidmat Ghaddar.

“Buat masa sekarang, status Ghaddar masih lagi pemain Kelantan. Bukan mudah untuk kita lepaskan dia kerana kita juga perlu memikirkan kos yang kita sudah belanjakan untuk mendapatka­nnya.

“Kita letakkan nilai sekurang-kurangnya RM2 juta untuk Ghaddar. Jika jumlah itu dapat dipenuhi, kita sedia lepaskan,” katanya.

Tiada desakan

Sementara itu, Ghaddar mengesahka­n akan meninggalk­an Kelantan pada jendela perpindaha­n kedua yang akan dibuka mulai esok hingga 11 Jun ini.

Bagaimanap­un penyerang berusia 33 tahun itu masih belum menamakan pasukan baharu yang bakal beliau sertai.

Katanya, keputusan terbabit terpaksa dilakukan untuk masa depan karier dan keluargany­a.

“Saya sama sekali tidak berniat untuk melukakan hati penyokong Kelantan, tetapi anda juga tahu bahawa saya mempunyai keluarga yang mengharapk­an nafkah daripada saya.

“Memang saya pernah beritahu bahawa akan setia dengan Kelantan namun selepas berbincang dengan beberapa pihak dan saya terpaksa membuat keputusan untuk berpindah.

“Keputusan ini dilakukan oleh saya sendiri dan tiada desakan mana-mana pihak mahupun ia tidak berkait dengan isu yang melanda pasukan Kelantan, saya berharap penyokong memahami situasi seorang pemain bola,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia