Berita Harian

Udara laut buat Izzati tenang

Gemar bercuti bersama rakan di kawasan pantai bagi cari idea baharu

- Oleh Haika Khazi mfaizultbh.com.my

Biarpun, namanya kini sudah meniti di bibir, peminat sukan tanah air selepas membantu Malaysia menang pingat emas di Sukan SEA Singapura 2015 dan terpilih selaku pemain paling bernilai (MVP) tahun lalu, namun Nur Izzati Yaakob, tetap menjalani kehidupan seperti gadis biasa.

Malah, Nur Izzati sering menghabisk­an masa lapangnya dengan aktiviti makan angin di tepi pantai bersama rakan sepasukan jika tidak menjalani latihan atau mempunyai perlawanan bola keranjang sama ada di dalam atau luar negara.

Nur Izzati berbuat demikian bagi mengurangk­an tekanan perasaan dan mencari ketenangan diri serta idea baru sebelum menghadapi sebarang perlawanan penting.

“Saya memang suka pergi bercuti ke tepi pantai kerana pemandanga­nnya bukan hanya menarik dan indah tetapi mampu memberikan ketenangan jiwa selepas terpaksa memerah otak ketika perlawanan dan menjalani latihan intensif setiap hari.

“Jika cuti saya tidak lama biasanya saya akan ke Pantai Port Dickson. Bagaimanap­un jika ada cuti panjang saya akan pergi bercuti ke lokasi menarik di luar negara seperti Pantai Krabi, Thailand dan Filipina,” katanya.

Impian wakili negara

Pada masa sama, Izzati juga yang memasang harapan tinggi untuk mewakili Malaysia kali keempat ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos depan.

Berikutan itu, Nur Izzati berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk memastikan Malaysia mampu mempertaha­nkan pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos nanti.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu menegaskan ia perlu kerana tahun ini adalah kali terakhir beliau mewakili negara selaku pemain bola keranjang wanita kebangsaan.

Bagaimanap­un, Nur Izzati tidak menolak kemungkina­n untuk terus menabur bakti selaku penolong jurulatih skuad bola keranjang wanita atau pegawai sukan lain.

“Saya belum buat keputusan muktamad kerana masih memikirkan sama ada akan menjadi jurulatih atau bekerja dalam bidang lain,” katanya graduan ijazah pertama dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkenaan.

 ?? [ FOTO IHSAN PEMBACA ] ?? Izzati (belakang, kiri) bersama rakan melakukan aktiviti kayak ekstrem ketika bercuti di Krabi, Thailand.
[ FOTO IHSAN PEMBACA ] Izzati (belakang, kiri) bersama rakan melakukan aktiviti kayak ekstrem ketika bercuti di Krabi, Thailand.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia