Berita Harian

Anakpelari­an galas impian 50 juta rakyat Korea

Jae-in dipilih jadi presiden ke-12 di negara yang dahagakan kemakmuran dan maruah tinggi

- Susunan Aizuddin Sapian aizuddin@bh.com.my

Pada 9 Mei lalu, warga Korea Selatan yang dipalit duka selepas skandal rasuah oleh bekas presiden wanita, mula nampak awan cerah kembali ke bumi mereka.

Minda mereka seperti tenang melihat Moon Jae-in ditabal selaku Presiden Korea Selatan Ke-12 pada hari berikutnya di bangunan Dewan Negara di Seoul.

Namun, dalam senario gembira pada hari itu, jelas lelaki berusia 64 tahun itu yang disifatkan mesra dan bersikap merendah diri itu mengerti betapa tanggung jawab baharu itu bakal mencengkam dirinya.

Sesungguhn­ya, dia menggalas impian dan harapan 50.8 juta rakyat negaranya yang sentiasa dahagakan kemakmuran dan maruah tinggi.

Penawar duka perang

Anak sulung kepada pelarian dari Korea Utara itu yang menjejak kaki di bumi Korea Selatan ketika Perang Korea kini menjadi penawar duka selepas menang dengan undi popular pada Pilihan Raya Presiden, Selasa lalu.

Ibu bapa beliau menetap di Pulau Geoje, selatan Korea Selatan pada 1953 - tahun sama Jae-in dilahirkan.

Bapanya, Moon Yonghyung pernah bekerja di kem tawanan perang sementara ibunya, Kang Han-ok menjual telur di Busan, bandar pelabuhan di barat daya Korea Selatan.

Pada 1972, Jae-in melanjutka­n pengajian di fakulti undang-undang tetapi ia tidak lama. Lelaki agresif itu ditahan kerana mengetuai tunjuk perasaan pelajar menentang pemimpin tentera kejam Korea Selatan, Park ChungHee.

Bertemu isteri

Dalam tempoh perjuangan ini, dia bertemu bakal isterinya, Kim Jung-sook. Wanita itu juga bersuara lantang dan belajar di universiti yang sama. Mereka berkahwin dan kini mempunyai dua anak, seorang lelaki dan perempuan.

Ketika dipenjarak­an, beliau lulus peperiksaa­n untuk mendapat lesen amalan guaman dan tidak lama kemudian dibebaskan.

Pada 1976, Jae-in menyertai tentera Korea Selatan. Beliau pernah terbabit dalam operasi ketenteraa­n untuk bertindak balas terhadap tindakan tentera Korea Utara membunuh dua pegawai Amerika Syarikat ketika sedang memotong pokok bunga.

Enam tahun kemudian, beliau dan rakannya bekas presiden, Roh Moo-hyun membuka sebuah firma peguam di bandar Busan dan mereka menumpukan isu hak asasi manusia dan kebebasan sivil.

Dapat sokongan belia

Selepas berkecimpu­ng dalam politik dengan haluan liberal, dia menang besar dalam pilihan raya presiden Korea Selatan, minggu ini atas tiket Parti Demokratik, sekali gus menamatkan sedekad pemerintah­an konservati­f.

Kemenangan itu turut menamatkan pergolakan politik selama berbulanbu­lan yang membawa kepada undi tidak percaya parlimen ke atas bekas Presiden, Park Geun-hye susulan satu skandal rasuah.

Menurut tinjauan selepas pilihan raya, kemenangan beliau didorong sokongan kukuh golongan belia. Ramai penyokongn­ya menyertai tunjuk perasaan mendesak Geun-hye meletak jawatan.

Kemarahan rakyat negara itu terhadap skandal pemimpin sebelum ini terserlah apabila Korea Selatan merekodkan jumlah keluar mengundi tertinggi sejak 20 tahun sebanyak 77.2 peratus tetapi tidak mencapai jangkaan 80 peratus kerana hujan.

Dalam satu ucapan kemenangan di pinggir Seoul, Moon yang baru menyertai politik sejak lima tahun lalu menjanjika­n era baharu untuk negara yang terjejas akibat skandal terbabit.

“Saya akan menjadikan Korea Selatan sebuah negara adil dan bersatu. Saya akan berkhidmat kepada rakyat termasuk mereka yang tidak menyokong saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Lambaian penuh bermakna pemimpin terbaharu Korea Selatan, Moon Jae-in sebaik mengangkat sumpah sebagai presiden ke-12 negara itu.
Lambaian penuh bermakna pemimpin terbaharu Korea Selatan, Moon Jae-in sebaik mengangkat sumpah sebagai presiden ke-12 negara itu.
 ??  ?? Mula berpacaran dengan isteri, Jong-suk ketika menuntut di universiti sama.
Mula berpacaran dengan isteri, Jong-suk ketika menuntut di universiti sama.
 ??  ?? Jae-in ketika menyertai angkatan tentera Korea Selatan pada 1976.
Jae-in ketika menyertai angkatan tentera Korea Selatan pada 1976.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia