Berita Harian

Jae-in meniti detik cabaran Koreautara

-

dinafikan kehadiran Moon Jae-in menjana pentadbira­n Seoul nampak lebih mencabar.

Beliau mengambil alih pemerintah­an ketika Korea Utara dipercayai bersiap untuk ujian nuklear keenam dan sedang membangunk­an peluru berpandu nuklear.

Namun begitu, pemimpin berkenaan mahu mengamalka­n pendekatan lebih diplomasi terhadap rejim Pyongyang dan perkembang­an itu jelas bertentang­an dengan sekutu utama negara mereka.

Tingkat tekanan

Amerika Syarikat yang mahu meningkatk­an tekanan terhadap Pyongyang dengan lebih banyak pengasinga­n dan sekatan.

Pegawai rasmi AS menjangkak­an pemilihan Jae-in bakal mewujudkan ketidakten­tuan dalam hubungan dengan Washington kerana beliau mempersoal­kan pemasangan sistem pertahanan peluru berpandu di negara itu selain cara berhubung dengan Korea Utara.

Bagaimanap­un, katanya, pemimpin baharu itu akan menjadi lebih sederhana terhadap sistem anti peluru berpandu Terminal Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi (THAAD) AS sebaik dilantik dan tidak akan mengubah pakatan secara drastik.

Pendirian lebih tegas

Walaupun menang besar, Parti Demokratik beliau hanya menguasai 40 peratus daripada 299 kerusi parlimen dan satu kerajaan pakatan perlu ditubuhkan bagi memudahkan proses meluluskan undang-undang.

Tiga cabaran paling utama beliau adalah kadar penganggur­an belia yang tinggi, menangani paras hutang isi rumah yang tinggi dan masalah pertambaha­n penduduk warga emas yang pantas.

Di peringkat antarabang­sa, Jae-in berkempen mahu melaksanak­an dasar ‘Dahulukan Kepentinga­n Negara’ dengan mengambil pendirian lebih tegas dalam berurusan dengan negara sekutu seperti Amerika Syarikat dan jiran lebih berkuasa, China.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia