Berita Harian

‘Ibu tak sempat sambut hari lahir’

-

Kuala Klawang: “Hari ini (semalam) adalah ulang tahun kelahiran arwah ibu yang ke-93 dan kebiasaann­ya kami adik beradik juga cucu, cicit serta piut akan berkumpul untuk meraikanny­a biar pun bukan satu majlis yang besar,” kata Kamariah Mohd Noor, 67.

Kamariah adalah anak sulung Rokiah Midon yang meninggal dunia bersama cucunya, Mohd Khairuddin Mat Raji, 39, selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 1.3 Jalan Simpang Pertang-simpang Durian, kirakira jam 4.40 petang kelmarin.

Tidak kesampaian

Katanya, setiap tahun mereka akan mengadakan kenduri keluarga bersama arwah, tetapi tahun ini berlainan apabila arwah tidak sempat menyambut hari lahirnya.

“Ketika kejadian, ibu dalam perjalanan pulang ke rumah cucunya di FELDA Pasoh Tiga selepas berurut dengan seorang tukang urut di Simpang Durian kerana kerap sakit-sakit badan.

“Arwah ibu seorang yang suka bergurau terutama dengan 60 cucu dan 40 cicitnya. Perwatakan­nya itu menyebabka­n cucunya suka membawanya berjalan-jalan,” katanya ketika ditemui di Hospital Jelebu, di sini, semalam.

Kamariah berkata, mereka sekeluarga masih terkejut de ngan kejadian itu, bagaimanap­un reda.

Beliau yang tinggal di Kampung Datuk Johan, di sini, berkata dia bersama tujuh adik beradiknya bergilir menjaga ibu mereka sejak kematian bapa.

Dalam kejadian itu, Rokiah dan Mohd Khairuddin yang menaiki Proton Iswara maut, manakala tiga termasuk seorang kanak-kanak, cedera dalam kemalangan membabitka­n tiga kenderaan.

 ??  ?? Rokiah Midon
Rokiah Midon
 ??  ?? Ahli keluarga mangsa kemalangan maut menunggu di unit forensik Hospital Jelebu, semalam.
Ahli keluarga mangsa kemalangan maut menunggu di unit forensik Hospital Jelebu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia