Berita Harian

Arus perdanakan kedudukan penggiat seni menuju TN50

Karyawan mainkan peranan tentukan hala tuju negara, majukan industri kreatif

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Karyawan dan penggiat seni di negara ini tidak harus dipinggirk­an, sebaliknya kedudukan mereka perlu diletakkan dalam arus perdana negara terutama menuju Transforma­si Nasional 2050 (TN50), kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, penggiat seni bukan setakat penghibur, tetapi boleh memainkan peranan dalam menentukan hala tuju negara bukan sahaja dari sudut memajukan industri kreatif dan hiburan.

Beliau berkata, jika mahu membentuk rupa bangsa dan membina nilai sikap dan budaya, sudah tentu ia bergantung pada penggiat seni terutama pelakon; penyanyi; pelawak dan pekerja industri hiburan.

Jadikan idola, ikutan

“Penggiat seni boleh dijadikan idola dan ikutan. Jika penggiat seni mampu menjadi ikutan, mereka boleh bantu membentuk generasi akan datang untuk mengangkat martabat negara dan seterusnya dijadikan aspirasi negara.

“Pendekatan aspirasi negara sudah berubah dan era kerajaan mengetahui segala-segalanya sudah berakhir di mana kini sudah tiba rakyat berkongsi minda dan aspirasi rakyat untuk membina kebersamaa­n antara kerajaan,” katanya pada sesi Dialog TN50 Perdana Menteri bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, di sini malam tadi.

Yang hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Keruak dan Timbalan Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Lebih 400 hadir

Lebih 400 artis, karyawan dan penggiat seni tanah air hadir pada program dialog berkenaan dengan sesi dialog dikendalik­an pelakon, Datuk Rosyam Nor.

Dalam pada itu, Najib berkata, dialog dan sesi bersama Perdana Menteri ini mencatat sejarah tersendiri kerana berjaya mengumpulk­an ramai penggiat seni dalam satu majlis.

Program diadakan bertujuan mendengar sebarang isu berbangkit berkaitan industri selain aspirasi dan harapan penggiat seni bagi tiga dekad akan datang menjelang TN50.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Najib ketika berdialog dengan penggiat seni tanah air pada Program Dialog TN50 di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Najib ketika berdialog dengan penggiat seni tanah air pada Program Dialog TN50 di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia