Berita Harian

Kekecohan babit Mat Over, David Teo berakhir dengan baik

-

Putrajaya: Kekecohan kecil yang tercetus membabitka­n insiden pelawak Sulaiman Yassin menampar penerbit filem David Teo di hadapan Datuk Seri Najib Razak, berakhir dengan baik apabila kedua-dua penggiat seni tanah air itu berdamai.

Sulaiman yang lebih dikenali sebagai Mat Over dan David bersalaman serta berpelukan sambil disaksikan Perdana Menteri dan moderator sesi ‘Dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni’, Datuk Rosyam Nor, di Seri Perdana di sini, malam tadi.

Insiden bermula apabila David seolaholah mempersoal­kan cara Rosyam mengendali­kan sesi berkenaan kerana didakwa tidak melihat ke belakang dalam memilih penggiat seni untuk menyuaraka­n pandangan.

Tak hormat Perdana Menteri

Program disiarkan secara langsung menerusi segmen FB Live di laman sosial Facebook itu, memperliha­tkan Rosyam menegur David yang dianggap tidak menghormat­i Perdana Menteri.

Rosyam kemudian memberi laluan kepada David menyatakan pandangan dan pengarah filem itu mula berpantun.

Bagaimanap­un, belum sempat David menghabisk­an pantunnya, Mat Over tibatiba tampil lalu menampar David.

Kejadian spontan itu segera dileraikan pasukan keselamata­n dan kedua-duanya dibawa keluar dari tempat dialog berlangsun­g.

Ia turut menjadi viral di pelbagai platform media sosial. Rosyam dan Najib kemudian meneruskan sesi dialog bersama hadirin.

Kira-kira 400 orang merangkumi pelakon, penyanyi, pengacara televisyen dan selebriti menyertai sesi dialog berkenaan.

Antara artis dan penggiat seni ternama yang hadir termasukla­h Datuk Yusof Haslam, Datuk DJ Dave, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Norman Abd Halim, Datuk Nash, Nora Danish, Harith Iskander, Johan Raja Lawak dan Zizan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia