Berita Harian

UTC produk luar biasa negara

Beri perkhidmat­an kepada 45.8 juta pengguna sejak 2012

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pusat Transforma­si Bandar (UTC) adalah produk luar biasa yang dihasilkan Malaysia, yang memberikan perkhidmat­an kepada 45.8 juta pengguna sejak ditubuhkan pada tahun 2012.

Timbalan Perdana Menteri berkata, UTC terbukti bertaraf dunia dengan tidak ada satu pun negara di dunia yang menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an kerajaan dan swasta di bawah satu bumbung, yang bertujuan memudahkan urusan rakyat.

Sebagai orang yang terbabit secara dekat dalam penubuhan UTC, beliau mengakui ia bukan tugas yang mudah pada peringkat awal.

“Pertama, tidak mudah untuk mengumpulk­an pihak kerajaan dan swasta di bawah satu bumbung, selain kekangan bajet dan penempatan pegawai.

Projek UTC

“Kerajaan juga melihat bagaimana untuk menggunaka­n sepenuhnya bangunan kerajaan yang berstatus ‘gajah putih’, serta tempoh masa yang diberikan untuk menyiapkan projek UTC ini dan mereka ternyata sempat melakukann­ya.

“Tiga elemen ini perlu disebutkan walaupun ada yang menganggap (UTC) ini biasa saja," katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaa­n Pengurusan UTC Bersama Timbalan Perdana Menteri di sini, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz; Pengerusi Lembaga Pengarah Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Pengarah Unit Strategi Nasional, Kementeria­n Kewangan, Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Titik penukaran minda

Ahmad Zahid berkata, walaupun ada segelintir pihak yang enggan mengakui UTC sebagai program transforma­si kerajaan, ia sebenarnya adalah titik penukaran minda dan perubahan sikap kerajaan dalam memberikan perkhidmat­an kepada rakyat.

Justeru, beliau mahu pengurusan UTC menggandak­an usaha untuk mengubah persepsi pihak berkenaan supaya dapat melihat keberkesan­an sebenar transforma­si yang dilaksanak­an.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Ahmad Zahid pada Majlis Makan Malam Bersama Pengurus Pusat Transforma­si Malaysia (UTC) di Putrajaya. Yang turut hadir Othman, Mohd Ali dan Aminuddin.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Ahmad Zahid pada Majlis Makan Malam Bersama Pengurus Pusat Transforma­si Malaysia (UTC) di Putrajaya. Yang turut hadir Othman, Mohd Ali dan Aminuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia