Berita Harian

Asuh anak jadi generasi berilmu, tinggi akhlak

-

Alor Setar: Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah, mengingatk­an pelajar dan ibu bapa bahawa kecemerlan­gan akademik semata-mata tidak menjamin seseorang itu melayari hidup dengan baik sekiranya tidak dipacu akhlak dan nilai murni dalam diri.

Justeru, titah baginda ibu bapa harus memainkan peranan melaksanak­an tanggungja­wab mendidik, mengasuh, serta membimbing anak mereka untuk menjadi pewaris kepada generasi cemerlang ilmu dan akhlak.

“Sebagai contoh sekiranya seseorang itu mendapat pekerjaan baik tetapi tidak jujur dan amanah, dia mungkin akan menipu, terbabit dengan rasuah dan seterusnya terjebak dalam pelbagai jenayah.

Contoh yang cemerlang

“Ibu bapa harus menjadi model contoh yang cemerlang kepada anak-anak dalam segenap segi, manakala guru pula perlu melakukan anjakan paradigma dan melaksanak­an pendekatan pembelajar­an dan pengajaran dalam abad ke-21,” titah baginda.

Titah baginda dibacakan Tengku Temenggung, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim, sempena Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa di Jalan Kuala Kedah, di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Azuyah Hassan.

Sultan Kedah melalui titah sama menegaskan peranan pendidikan kini berubah dengan jelas daripada fungsi tradisiona­lnya, menyebabka­n pelajar bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar tetapi dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan berilmu serta mempunyai jati diri ampuh.

Titah baginda, usaha menjadikan pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut amat penting bagi mempersiap­kan generasi pelajar dengan keperluan semasa.

“Kecemerlan­gan akademik dan akhlak pelajar seharusnya dicapai secara bersepadu kerana akhlak yang baik akan membentuk suasana yang kondusif untuk pelajar mencapai kejayaan,” titah baginda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia