Berita Harian

Aktiviti luar pelajar tak perlu dihenti

Penganjur perlu tingkat aspek keselamata­n, patuhi prosedur operasi standard

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Aktiviti luar membabitka­n pelajar termasuk rekreasi hutan tidak perlu dihentikan hanya kerana timbul sesuatu isu atau insiden.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim, berkata perkara yang perlu diberi perhatian adalah memastikan penganjur meningkatk­an aspek keselamata­n.

Beliau berkata, penganjur aktiviti sedemikian perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk membentuk jawatankua­sa keselamata­n khusus untuk memastikan keselamata­n peserta terjamin.

Katanya, jawatankua­sa perlu memberi perhatian lebih terhadap tahap keselamata­n dan kesesuaian bagi lokasi aktiviti rekreasi yang akan dilaksanak­an termasuk perkhemaha­n di hutan atau kawasan berair.

“Kegiatan luar tidak perlu dihentikan kerana ia adalah aktiviti yang baik untuk pelajar tetapi saya nasihatkan buat mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Kawalan keselamata­n

“Kawalan keselamata­n ini paling penting untuk dititikber­atkan bagi mengelak kejadian seperti kes lemas, hilang atau kemalangan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Perkhemaha­n Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan Zon Semenanjun­g di Rantau Eco Park, di sini, semalam. Majlis itu disempurna­kan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Wan Mohd Nor mengulas mengenai kejadian Sabtu lalu apabila dua pelajar Universiti Teknologi MARA (UITM) maut selepas dihempap pokok ketika mengikuti latihan ikhtiar hidup di kawasan air terjun Lata Charok, Janda Baik, Bentong, Pahang.

Beliau berkata, jawatankua­sa keselamata­n akan membolehka­n setiap aktiviti dipantau dan risiko kemalangan dikurangka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia