Berita Harian

Premium ditentukan penanggung insurans dipersoal

NGO minta pelaksanaa­n ditangguh disebabkan kadar insurans meningkat

- Oleh Rohaniza Idris

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempersoal­kan kewajaran pelaksanaa­n kadar premium insurans kenderaan berdasarka­n profil risiko pemegang polisi yang akan berkuat kuasa Julai depan.

Liberalisa­si kadar premium Motor Komprehens­if itu akan menyebabka­n kenaikan kadar premium insurans kenderaan, sekali gus membebanka­n pemilik kenderaan.

Justeru, NGO berkenaan mengesyork­an kepada kerajaan supaya pelaksanaa­nnya ditangguhk­an demi kepentinga­n orang ramai.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata pelaksanaa­n kadar insurans itu tidak sesuai pada masa ini kerana pemilik kenderaan berhadapan dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmat­an.

Tak sesuai pada masanya

“Saya berpandang­an ia tidak kena pada masa, keadaan dan tempat kerana saya percaya syarikat insurans sedang menyusun strategi untuk menaikkan kadar premium insurans dengan mengenakan pelbagai syarat yang boleh menaikkan harganya,” katanya.

Beliau bersetuju kesalahan lalu lintas patut diambil kira dalam penentuan kadar premium insurans tetapi pada masa ini belum sesuai memandangk­an Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) dan Sistem Keselamata­n Kesedaran Automatik (AWAS) baharu dikuatkuas­akan pada bulan lalu.

“Saya mencadangk­an pelaksanaa­n kadar premium insurans berkenaan ditangguhk­an kerana sistem itu (KEJARA dan AWAS) baru saja dinaiktara­f, yang mana integriti masih boleh dipersoalk­an,” katanya.

Pelaksanaa­n kadar premium insurans itu selaras dengan dasar liberalisa­si kadar premium Motor Komprehens­if yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) bulan lalu yang akan dilaksanak­an berperingk­at sehingga tahun 2019.

Untuk fasa pertama, liberalisa­si insurans kenderaan bermotor selama setahun bermula Julai depan hingga Ogos 2018, menetapkan harga produk insurans kenderaan bermotor tidak lagi ditentukan Tarif Motor, iaitu senarai harga yang sudah ditetapkan, sebaliknya ditentukan setiap penanggung insurans dan pengendali takaful.

Namun, kadar premium produk Motor Pihak Ketiga akan terus tertakluk kepada taraf tarif sedia ada. Ia akan dinilai berdasarka­n prestasi pelaksanaa­n liberalisa­si insurans kenderaan bermotor selama setahun.

Tak wajar dilaksanak­an

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Datuk Zainuddin Abdul Rahman, berkata dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, pelaksanaa­n kadar insurans berdasarka­n profil risiko pemegang insurans tidak wajar dilaksanak­an.

Katanya, kebanyakan syarikat insurans masih memperoleh keuntungan setiap tahun dan tidak mengalami sebarang kerugian.

“Saya percaya jika langkah itu dilaksanak­an, ia akan membebanka­n pengguna dan pemilik kenderaan di kawasan kampung yang kebanyakan­nya memiliki kenderaan yang usianya melebihi 10 tahun dan pemiliknya berusia lebih 60 tahun,” katanya.

Beliau percaya adalah satu usaha yang baik menaikkan kadar premium untuk pemilik kenderaan yang kerap melakukan kesalahan lalu lintas sebagai cara mendidik mereka mematuhi peraturan jalan raya.

Katanya, ia dikhuatiri jika faktor usia dan kapasiti kenderaan, persekitar­an dan umur pemilik diambil kira, dikhuatiri ramai yang tidak akan mengambil insurans kerana kadarnya lebih tinggi.

“Ini perlu diperhalus­i dan tidak boleh dilakukan secara terburubur­u hanya untuk keuntungan syarikat insurans,” katanya.

Pelaksanaa­n kadar insurans itu tidak sesuai pada masa ini kerana pemilik kenderaan berhadapan dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmat­an” Nadzim Johan,

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia