Berita Harian

PKR perlu belajar terima hakikat

-

Penantian banyak pihak dalam isu tahaluf siyasi PAS dengan PKR sudah mencapai kemuncakny­a apabila Majlis Syura Ulama PAS mengumumka­n keputusann­ya 11 Mei lalu. Sebelum pada itu, Muktamar PAS kali ke63 di Kedah, sebulat suara menyokong usul memutuskan hubungan tahaluf siyasi PAS/PKR dan merujuk kepada Majlis Syura untuk membuat ketetapan akhir.

Kenyataan rasmi yang dibacakan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Saleh menyatakan bahawa ‘dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggara­n terhadap syarat tahaluf siyasi menurut pertimbang­an hukum syarak dan akhlak Islam, maka hubungan politik tahaluf siyasi antara PAS dan PKR telah terbatal’.

Antara pelanggara­n itu tidak menyokong, malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355; melanggar adab-adab bekerjasam­a dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS; khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya bekerjasam­a dengan pihak yang mahu menjatuhka­n kerajaan negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbira­n negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankua­sa Kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentinga­n Islam dan rakyat. Hasil daripada keputusan ini, banyak pihak memberi maklum balas khususnya yang berkait dengan isu kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang juga Menteri Besar Selangor dalam kenyataan awalnya menyatakan kedudukan PAS kekal dalam kerajaan negeri Selangor sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Begitu juga EXCO DAP, Datuk Teng Chang

Kim juga berpandang­an bahawa tidak ada masalah untuk EXCO PAS kekal dalam kerajaan negeri.

Namun, pada masa sama, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Izham Hashim pula mendesak agar PAS dikeluarka­n segera daripada kerajaan negeri Selangor. Kelihatann­ya, mereka sudah tidak sabar untuk bergelar EXCO dan mengisi segala kekosongan jawatan lain di semua peringkat.

Langkah tegas, berani

Keputusan PAS memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR ini adalah suatu langkah tegas dan berani. Sememangny­a, ia adalah kehendak akar umbi PAS di segenap peringkat yang dibawa ke Muktamar PAS dan seterusnya dinilai pula dari sudut hukum syarak oleh Majlis Syura Ulama PAS, badan tertinggi yang mengawal dasar dan hala tuju PAS.

PKR ditubuhkan pada 4 April 1999 dan parti ini dahulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan), kemudian ia bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada Februari 2003. Dalam sejarahnya, PKR sememangny­a membina hubungan yang begitu rapat dengan PAS bermula ketika era gelombang reformasi yang membentuk Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK).

Seterusnya, PKR bersama dengan PAS, DAP dan PRM membentuk Barisan Alternatif (BA) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-10 pada 1999. Dalam PRU itu, PKR menang lima kerusi Parlimen. Ketika mana DAP keluar daripada BA pada 2001, PKR tetap kekal bersama PAS dalam Barisan Alternatif.

Ketika Pilihan Raya Umum Ke11 pada 2004, PKR hanya menang satu kerusi Parlimen iaitu Permatang Pauh. Pada 2008, PKR bersama PAS dan DAP membentuk pula Pakatan Rakyat (PR) setelah pembangkan­g berjaya bangkit dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-12. PKR memperoleh 31 kerusi Parlimen dalam PRU itu.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke13 lalu, PKR memperoleh 30 kerusi Parlimen. Namun, usia Pakatan Rakyat tidak kekal lama apabila DAP secara bersendiri mengumumka­n bahawa PR terbubar pada 16 Jun 2015. Selepas pada itu, hubungan PKR dengan PAS kian renggang apatah lagi apabila PKR memilih untuk bersama DAP dan PAN membentuk pula Pakatan Harapan pada 22 September 2015.

Umum mengetahui, dalam PKR ada pimpinan yang begitu keras seperti mahu bermusuh dengan PAS, dan ada juga pimpinan PKR yang agak lunak kepada PAS. Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Tian Chua kelihatann­ya bersikap lebih terbuka dan boleh berbincang dengan PAS. Tetapi, Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pula bersikap lebih suka menyerang dan memfitnah PAS.

Jadi, bagaimana mungkin PAS boleh terus bersabar dengan keadaan sedemikian rupa? Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengirim warkah dari Penjara Sungai Buloh bagi menyatakan pendiriann­ya mengenai keputusan Majlis Syura Ulama PAS. Anwar seperti juga Wan Azizah dan pemimpin PKR yang lain menafikan PKR mengkhiana­ti prinsip tahaluf siyasi. Saya pun tidak pasti adakah mereka sedar akan apa yang berlaku dalam parti mereka sendiri?

Tiga sebab utama

Ada tiga sebab yang dinyatakan oleh Majlis Syura Ulama PAS. Mari kita hurai satu-persatu agar PKR dapat faham dan terima hakikat.

(A) Tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa oleh PAS seperti RUU 355. Adakah Anwar tidak tahu bahawa ‘precouncil’ Ahli Parlimen PKR pada pagi sebelum pembentang­an RUU 355 sudah memutuskan untuk menolak

RUU 355?

Ia didedahkan sendiri oleh Ahli Palimen PKR Kelana Jaya di facebookny­a. Adakah Anwar tidak tahu antara yang bangun di dalam Dewan mempertika­i dan menentang pembentang­an RUU 355 ialah Ahli Parlimen PKR Gopeng dan Alor Setar? Adakah Anwar tidak tahu bahawa Rafizi menjadi penganjur sidang Parlimen olokolok bagi membahaska­n RUU 355 yang disiar di FB secara live?

Rakyat dapat menyaksika­n sendiri pendirian Ahli Parlimen PH yang menentang dan memperleke­h RUU 355. Kenyataan rasmi Anwar mengenai RUU 355 tidak diendahkan oleh pimpinan PKR sendiri. Ini hakikatnya.

(B) Melanggar adab-adab bekerjasam­a dalam politik seperti menyerang pimpinan PAS dan membuat tuduhan palsu yang merosakkan imej PAS. Adakah Anwar tidak tahu bahawa pemimpin

PKR khususnya Rafizi dan Saifuddin, Penasihat Ketua Menteri

Lim Guan Eng itu saban hari menyerang dan memfitnah PAS kononnya PAS berpakat dengan UMNO dan menjadi pembela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak?

Adakah Anwar tidak tahu Rafizi yang memfitnah PAS menerima dana 1MDB sehingga sekarang tidak tampil mengemukak­an bukti? Hanya pandai memfitnah dan mendesak orang menyamanny­a.

(C) Khianat dalam hubungan politik dengan PAS antaranya bekerjasam­a dengan pihak yang mahu menjatuhka­n kerajaan negeri Kelantan dan menentang PAS dalam Pilihanray­a Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Adakah Anwar tidak tahu ada pemimpin PKR yang datang berceramah di Kelantan dan berikrar bersama PAN untuk menjatuhka­n kerajaan PAS di Kelantan?

Adakah Anwar tidak tahu bahawa kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar itu sudah pun ditandingi PAS dalam PRU13 yang lalu. PAS bertanding menentang UMNO. Jadi, mengapa apabila PAS bertanding di kerusi tradisinya dituduh sebagai pengacau sedangkan PAN yang baru lahir itu yang datang menyibuk?

Semoga penjelasan ini sedikit sebanyak dapat membantu PKR belajar menerima hakikat bahawa tiada lagi hubungan tahaluf siyasi PAS dengan PKR. PRU14 ini adalah pilihan raya pertama yang akan dihadapi PKR tanpa memerlukan bantuan jentera PAS lagi. PKR sepatutnya lebih yakin untuk berhadapan dengan PRU14 nanti kerana PKR telah memilih untuk bersama DAP, PAN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan yang dikatakan sudah cukup kuat untuk menawan Putrajaya tanpa PAS.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 12 Mei 2017.
Keratan akhbar BH pada 12 Mei 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia