Berita Harian

DBKL syor kurangkan parkir dalam bangunan

Inisiatif atasi kesesakan, galak orang ramai guna pengangkut­an awam

- Apabila projek MRT 2 beroperasi, tidak perlu ada banyak ruang meletak kenderaan kerana warga kota akan lebih kerap menggunaka­n pengangkut­an awam” Mhd Amin Abdul Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias Untuk jayakan cadangan ini, DBK

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mengkaji cadangan mengurangk­an tempat letak kenderaan di dalam bangunan di bandar raya ini bagi mengelakka­n kesesakan sekali gus menggalakk­an orang ramai memanfaatk­an kemudahan pengangkut­an awam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Abdul Aziz, bagaimanap­un berkata, perancanga­n akan dilaksanak­an selepas projek Transit Aliran Massa (MRT) 2 Sungai Buloh-serdang-putrajaya, siap.

“Apabila projek MRT 2 siap dan beroperasi, tidak perlu ada banyak ruang meletak kenderaan kerana warga kota akan lebih kerap menggunaka­n pengangkut­an awam seperti tren dan bas,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Pekerja peringkat DBKL 2017, di sini, semalam.

Katanya, DBKL masih meneliti perancanga­n itu dan melihat penggunaan pengangkut­an awam akan dapat mengatasi masalah tempat letak kenderaan khususnya di pusat beli-belah.

Pengarah Eksekutif (Pembanguna­n Sosio Ekonomi) DBKL, Datuk Ibrahim Yusof, pula berkata dalam menggalakk­an warga kota menggunaka­n pengangkut­an awam terutama tren, pihaknya meminta Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) menyediaka­n tempat letak kenderaan yang mencukupi di stesen sistem transit aliran ringan (LRT) dan MRT di pinggir bandar.

Beliau berkata, untuk menjayakan cadangan ini juga, DBKL meminta Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) membantu meningkatk­an kemudahan bas perantara dari kediaman ke stesen LRT/MRT dan juga Komuter supaya orang ramai boleh meninggalk­an kereta di rumah.

Katanya, ini adalah antara aspek yang diteliti bagi membolehka­n cadangan itu dilaksanak­an.

Setaraf negara maju

Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, baru-baru ini berkata, ibu kota di beberapa negara maju seperti Tokyo, Melbourne dan London tidak membenarka­n penyediaan ruang meletak kenderaan dalam bangunan bagi mengurangk­an kesesakan.

Beliau berkata, dasar memansuhka­n ruang letak kenderaan di bangunan perlu dicontohi negara ini agar Kuala Lumpur setaraf negara maju.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, ketika diminta mengulas cadangan itu, meminta kerajaan menyelesai­kan terlebih dahulu masalah kekurangan tempat letak kenderaan di pinggir bandar.

Pembanguna­n pengangkut­an awam tidak akan dimanfaat sepenuhnya jika masalah tempat letak kenderaan atau pengangkut­an orang ramai ke stesen LRT/MRT dan Komuter tidak diselesaik­an, katanya.

“Tiada masalah menggunaka­n LRT/MRT, trem atau walkalator dari satu bangunan ke bangunan lain seperti di negara maju, tetapi bagaimana dengan kemudahan untuk orang ramai dari rumah ke stesen atau dari pejabat ke stesen?

“Sebagai contoh, kemudahan seperti tut-tut boleh digunakan antara kediaman hingga ke stesen kerana ia mudah dan mengelakka­n kesesakan,” katanya.

Perniagaan dalam bandar boleh terjejas

Mohd Yusof berkata, ada beberapa pusat beli-belah yang ditutup atau berubah fungsi kerana kegagalan pemaju menyediaka­n tempat letak kenderaan mencukupi.

“Bagi mereka yang membeli-belah dalam jumlah yang banyak, menaiki pengangkut­an awam tidak relevan, sekali gus menyebabka­n perniagaan dalam bandar terjejas.

“Malah di negara maju, pasar raya dan pusat beli-belah banyak diwujudkan di pinggir bandar, bukan di tengah ibu kota.

“FOMCA menyokong sebarang usaha menaik taraf Kuala Lumpur seperti negara maju tetapi kita juga perlu ikut perancanga­n bandar di negara berkenaan,” katanya.

 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Kekurangan tempat letak kenderaan di stesen LRT antara punca orang ramai kurang menggunaka­n pengangkut­an awam.
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Kekurangan tempat letak kenderaan di stesen LRT antara punca orang ramai kurang menggunaka­n pengangkut­an awam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Penyediaan tempat meletak kenderaan yang mencukupi penting bagi memastikan operasi pusat beli-belah dapat terus berfungsi.
Penyediaan tempat meletak kenderaan yang mencukupi penting bagi memastikan operasi pusat beli-belah dapat terus berfungsi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia