Berita Harian

Permintaan tinggi ‘Musang King’ lonjak ekonomi negara

Petani perlu rebut peluang pasaran di China, galak lebih banyak tanaman durian, nanas

- Oleh Magendran Rajagopal

Harga tinggi durian ‘Musang King’ dan nanas tempatan di China harus dilihat sebagai keuntungan kepada negara, bukan sesuatu yang negatif, semata-mata kerana harganya mungkin turut melambung di pasaran tempatan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata hanya buahbuahan baka premium sahaja yang mendapat permintaan dan harga tinggi di China, dalam erti kata lain, penduduk tempatan masih mempunyai pilihan menikmati varieti durian atau nanas lain pada harga mengikut kemampuan.

“Ketika lawatan ke China bersama Perdana Menteri baru-baru ini, saya dimaklumka­n sebiji durian (Musang King) berharga kirakira RM800 di Hong Kong dan RM200 hingga RM300 sekilogram di China, namun sambutan terhadapny­a amat menggalakk­an.

“Justeru, penanam kita harus merebut peluang pasaran ini dan secara tidak langsung mendorong lebih banyak tanaman durian serta nanas dibuka kerana pasaran nanas (di China) yang berjumlah RM40 juta setahun sekarang, dijangka meningkat sehingga RM160 juta pada masa depan.

“Saya akan risau sekiranya durian ‘Musang King’ dan nanas tempatan ini tidak ada harga di pasaran, bukan kalau dapat permintaan sebegini baik,” katanya pada sidang media penganjura­n ‘Livestock Malaysia’ sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Bakar; Timbalan Ketua Pengarah Veterinar (Kesihatan Veterinar), Datuk Dr Qaza Nizamuddin Hassan Nizam; Pengerusi UBM Malaysia (UBM), Tan Sri Dr Ahmad Mustaffa Babjee dan Pengarah Urusan UBM (ASEAN Business), M Gandhi.

Penduduk tak perlu risau

Tambah Shabery, penduduk tempatan tidak perlu risau dengan perkembang­an itu kerana negara kaya dengan pelbagai varieti buahbuahan, termasuk durian dan nanas, yang jauh lebih murah, bersesuaia­n dengan kemampuan pembeli.

Mengenai ‘Livestock Malaysia’, beliau memaklumka­n, ia akan berlangsun­g sepanjang HPPNK 2017 bermula 28 September sehingga 1 Oktober ini, bertema ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’, di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS) di Serdang.

UBM selaku penganjur ‘Livestock Malaysia’ akan mempamerka­n produk, teknologi, perkhidmat­an dan inovasi dalam industri makanan haiwan, ternakan serta daging yang menggunaka­n teknologi terkini lagi tercanggih dari dalam dan luar negara.

Kata Shabery, pameran itu akan memanfaatk­an petani moden era digital yang menekankan konsep perladanga­n, penanaman atau penternaka­n berteknolo­gi tinggi tanpa memerlukan tenaga kerja yang ramai tetapi pada masa sama, menghasilk­an lebih banyak produk jauh lebih bermutu, berkhasiat lagi bersih.

“Ini secara tidak langsung dapat memperbaik­i kedudukan Jaminan Bekalan Makanan (Food Security) negara yang kini berada di tempat ke-35 dalam kalangan 135 negara kepada kedudukan 20 teratas selain meningkatk­an keyakinan terhadap tahap keselamata­n makanan negara,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Ahmad Shabery bersama (dari kiri) Quaza Nizamuddin, Ismail, Ahmad Mustaffa (dua dari kanan) dan M Gandhi pada sidang media ‘Livestock Malaysia’ sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 201 di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Ahmad Shabery bersama (dari kiri) Quaza Nizamuddin, Ismail, Ahmad Mustaffa (dua dari kanan) dan M Gandhi pada sidang media ‘Livestock Malaysia’ sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 201 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia