Berita Harian

Pengumuman PM gembirakan pekebun kecil

-

Jasin: Langkah kerajaan China menambah pembelian minyak sawit Malaysia memberi khabar gembira buat kira-kira 600,000 pekebun kecil komoditi itu di seluruh negara.

Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata menerusi permintaan itu, ia sekali gus dapat meningkatk­an lagi harga sawit yang kini berada pada tahap memberangs­angkan.

Terima kasih kepada PM

“Terima kasih kepada Perdana Menteri yang sangat komited membantu pekebun kecil sawit meningkatk­an pendapatan, menerusi pemasaran bahan komoditi itu ke luar negara.

“Apa yang kita lihat, sikap mesra pelabur ditunjukka­n Datuk Seri Najib Razak berjaya memberi khabar gembira kepada pekebun, selain ia juga mengesahka­n minyak sawit keluaran negara berkualiti dan mendapat permintaan negara luar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Perdana Menteri dalam Twitternya gembira apabila republik itu memenuhi permintaan beliau sebelum ini supaya meningkatk­an pembelian minyak sawit Malaysia.

Sementara itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Jasin berkata, Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi bersama MPOB akan menganjurk­an sambutan 100 tahun industri sawit di Malaysia, hari ini.

“Majlis berlangsun­g di Ladang Tennamaram, Kuala Selangor, yang menjadi lokasi pertama penanaman pokok kelapa sawit negara pada 18 Mei 1917, sebelum dikomersia­lkan sehingga kini.

“Sambutan bertemakan 'Minyak Sawit Malaysia: Kebanggaan dan Pencapaian Kita' itu akan dirasmikan Datuk Seri Najib, bakal menyaksika­n beberapa aktiviti mengenai perusahaan minyak sawit yang boleh disertai orang ramai, khususnya pekebun kecil,” katanya.

 ??  ?? Ahmad Hamzah
Ahmad Hamzah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia