Berita Harian

‘Tidak jejas pentadbira­n kerajaan PAS Kelantan’

-

Kuala Lumpur: Pentadbira­n kerajaan PAS Kelantan tidak akan terjejas walaupun semua ahli PKR yang dilantik secara politik di negeri itu, meletakkan jawatan seperti arahan parti mereka.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata senario politik di Kelantan berbeza dengan Selangor dan sebarang keputusan membabitka­n tiga EXCO PAS di bawah pentadbira­n PKR akan mengubah struktur pentadbira­n kerajaan negeri berkenaan.

Bagaimanap­un, katanya PAS menghormat­i ketetapan PKR supaya ahlinya dalam pentadbira­n Kelantan meletakkan jawatan dan ia terpulang kepada pertimbang­an ahli majlis dari parti itu.

Katanya, setakat ini kerajaan Kelantan berpendapa­t untuk mengekalka­n lantikan politik PKR bagi meneruskan pentadbira­n kerajaan yang kini berjalan seperti biasa.

“Namun terpulang kepada PKR untuk mengekalka­n mereka atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Mengulas mengenai kedudukan tiga EXCO PAS di Selangor, Tuan Ibrahim berkata, PAS Selangor akan menunggu apa juga keputusan Sultan Selangor.

Di Kota Bharu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata pihaknya tidak menjangkak­an Biro Politik PKR membuat keputusan mengarahka­n semua lantikan politik dari parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka serta-merta.

Tak halang tindakan PKR

Katanya, keputusan itu adalah tindakan drastik kepemimpin­an PKR, memandangk­an pihaknya menjangkak­an ketika ini adalah tempoh bertenang susulan isu hubungan kedua-dua parti terbabit.

“Bagaimanap­un, kita tidak menghalang jika mereka mahu meletak jawatan, namun keputusan kekal ( jawatan dalam kerajaan negeri) adalah lebih baik. Kami mengalukan mana-mana ahli PKR yang mahu kekal dengan lantikan itu supaya dapat bersama-sama memberi khidmat kepada rakyat... itu lagi penting,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat EXCO kerajaan negeri, di sini, semalam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata tindakan PKR dengan mengarahka­n semua lantikan politik dari parti itu dalam kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka serta-merta, dibenarkan dalam undang-undang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia