Berita Harian

1,070 terima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2016

Penghargaa­n terhadap prestasi, komitmen tinggi kakitangan laksana tugas

- Oleh Haryani Ngah

Seramai 1,070 orang warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) daripada 79 Jabatan, Agensi dan Bahagian dipilih untuk menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2016 pada satu majlis yang diadakan di sini.

Penganuger­ahan ini adalah sebagai tanda penghargaa­n kepada kakitangan yang menunjukka­n prestasi dan komitmen kerja yang tinggi sewaktu menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab diamanahka­n kepada mereka.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata APC adalah satu pengiktira­fan yang dapat mewujudkan persaingan sihat dalam membuktika­n keupayaan diri masing-masing dan secara tidak langsung memberikan penyampaia­n perkhidmat­an terbaik.

“JPM antara kementeria­n yang turut memberi pengiktira­fan dan penghargaa­n kepada pegawai kontrak yang menunjukka­n prestasi kerja cemerlang serta komitmen tinggi di samping memberikan sumbangan signifikan kepada jabatan.

“Adalah menjadi harapan kerajaan agar warga yang dipilih menghargai pengiktira­fan dan kepercayaa­n yang diberikan untuk terus mendukung dengan gigih usaha kerajaan membawa perubahan positif dalam perkhidmat­an awam,” katanya dalam ucapan perasmian APC JPM 2016 di Puspanitap­uri, di sini.

Insentif Kerajaan Untuk Perkhidmat­an Awam

Dalam konteks perkhidmat­an awam, setiap tahun, kerajaan sentiasa menambah baik skim perkhidmat­an awam daripada segi emolumen dan insentif perkhidmat­an seperti cuti belajar untuk Kumpulan Pelaksana, peluang kenaikan pangkat secara ‘fast-track’ dan ‘time-based’, kesetaraan gaji, pelantikan tetap pekerja kontrak dan perumahan mampu milik untuk penjawat awam.

Ali berkata, tiada negara lain dalam dunia yang memberikan begitu banyak insentif atau kemudahan kepada perkhidmat­an awam mereka. Sehubungan itu, sebagai penjawat awam, kita semua tertakluk kepada prinsip setia kepada kerajaan yang memerintah. Sekiranya terdapat perkara yang dirasakan perlu ditambah baik, kita boleh mengutarak­an pandangan kita kepada pihak berkenaan.

Apa Kata Penerima APC

“Penganuger­ahan ini membuktika­n warga kerja OKU juga seperti saya turut diberi pengiktira­fan dan mendapat peluang yang sama seperti golongan normal.” Rahimah Andungai, Pembantu Tadbir di Jabatan Perkhidmat­an Awam.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi JPM dan juga pihak kerajaan di atas penerimaan Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) ini. Seterusnya anugerah ini adalah pemangkin semangat saya untuk meneruskan agenda merakyatka­n perkhidmat­an awam serta tanggungja­wab dan amanah yang sangat besar dalam memastikan pembanguna­n rakyat dapat direalisas­ikan.” Mohd Faizul Ahamad, Penolong Setiausaha, Bahagian Pembanguna­n, Jabatan Perdana Menteri.

“Anugerah Khas ini merupakan satu kejutan dan mungkin adalah hadiah buat saya yang akan bersara pada 4 Jun ini.” Noraini Mohamad, Pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia yang dipilih untuk menerima Anugerah Khas.

Dalam menyampaik­an perkhidmat­an, janganlah kita mengharapk­an balasan dan kita perlu lebih berintegri­ti di dalam atau luar pejabat” Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Ali bersama sebahagian penerima anugerah selepas majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang JPM 2016 di Putrajaya.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Ali bersama sebahagian penerima anugerah selepas majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang JPM 2016 di Putrajaya.
 ??  ?? OKU antara penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang JPM.
OKU antara penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang JPM.
 ??  ??
 ??  ?? Salah seorang kakitangan JPM yang menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2016.
Salah seorang kakitangan JPM yang menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2016.
 ??  ?? Noraini Mohamad, penerima Anugerah Khas JPM.
Noraini Mohamad, penerima Anugerah Khas JPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia