Berita Harian

Tanam azam, ganda usaha lakar kecemerlan­gan

Seminar Didik Rakyat bantu mantapkan penguasaan akademik murid

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu sentiasa menanamkan keazaman tinggi dan melakukan persediaan rapi menjelang peperiksaa­n penting itu yang hanya berbaki kira-kira tiga bulan lagi.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Temerloh, Wan Abdul Hamid Wan Mohammad, berkata komitmen padu itu wajar digalas setiap calon dengan sebaiknya terutama untuk membantu mereka mencipta pelbagai kejayaan membanggak­an pada masa hadapan.

Beliau berkata, lebih penting lagi murid juga perlu merebut peluang yang ada dengan menimba sebanyak mungkin ilmu bagi membantu mereka menjawab peperiksaa­n sebenar kelak.

“Apabila memiliki keazaman yang kuat dan cita-cita tinggi, secara tidak langsung membolehka­n kita (murid) untuk menempuh segala cabaran yang datang tanpa rasa gentar.

“Sekiranya kita berjaya memperoleh keputusan 6A, maka peluang bagi melanjutka­n pelajaran seperti ke sekolah berasrama penuh (SBP) terbuka luas seterusnya membolehka­n pelbagai kejayaan dicipta,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Didik Rakyat 2017 UPSR di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abu Bakar di sini, baru-baru ini.

Memanfaatk­an ilmu

Yang turut hadir ialah Pengurus Cawangan Bank Rakyat Temerloh, Mohamed Kawi Nong dan Yang Dipertua Majlis Guru Besar (MGB) daerah, Mohd Noor A Rahman.

Sementara itu, Mohamed Kawi berkata, peserta perlu memanfa- atkan ilmu diperoleh daripada seminar pendidikan anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama BH itu dengan sebaiknya.

“Bank Rakyat amat komited dalam menyediaka­n platform yang berupaya membantu murid memantapka­n lagi penguasaan akademik mereka.

“Harapan saya hanya satu iaitu untuk melihat semua murid yang hadir ini mendapat semua A dalam peperiksaa­n UPSR nanti,” katanya.

Seminar sehari itu bertujuan mendedahka­n calon mengenai panduan berkesan bagi menjawab soalan peperiksaa­n sebenar dengan lebih menyeluruh.

 ?? [FOTO NAZIRUL ROSELAN /BH] ?? Wan Abdul Hamid (tengah) bersama-sama sebahagian daripada pelajar sekitar Temerloh pada Seminar Didik Rakyat UPSR anjuran YBR di sini, baru-baru ini.
[FOTO NAZIRUL ROSELAN /BH] Wan Abdul Hamid (tengah) bersama-sama sebahagian daripada pelajar sekitar Temerloh pada Seminar Didik Rakyat UPSR anjuran YBR di sini, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia