Berita Harian

Pokok benang sutera tidak serasi cuaca Kuala Nerus

Tanaman bernilai RM180,000 dari Brazil mati selepas 5 bulan ditanam

- Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin hanneeyzah@bh.com.my

Sebatang pokok benang sutera yang ditanam di kawasan Bandar Baharu Kuala Nerus sebagai mercu tanda daerah itu, sekali lagi menjadi tumpuan apabila ia kini mati selepas kira-kira lima bulan ditanam.

Pokok berkenaan atau nama saintifikn­ya ‘ceiba speciosa’ bernilai RM180,000 yang dibawa khas dari Brazil itu, sebelum ini menjadi viral selepas beberapa pihak termasuk pembangkan­g mendakwa kerajaan negeri melakukan pembaziran apabila membeli pokok berkenaan.

Bagaimanap­un, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman menafikan kerajaan negeri membeli pokok itu, sebaliknya ia disumbangk­an pemaju Bandar Baharu Kuala Nerus sebagai landskap daerah baharu itu.

Tak cadang ganti pokok

Malah, tindakan pembangkan­g mensensasi­kan isu penanaman pokok itu juga menyebabka­n Ahmad Razif mengeluark­an kenyataan akan mengemukak­an saman kepada pihak yang memfitnah kerajaan negeri membazir wang membeli pokok berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Infrastruk­tur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman, berkata kerajaan negeri tidak bercadang menggantik­an pokok berkenaan berikutan ia sumbangan pemaju Bandar Baharu Kuala Nerus.

Beliau berkata, pokok yang dibawa masuk dari Brazil itu mungkin mati kerana faktor cuaca di negara ini, selain tanah dan baja yang tidak sesuai hingga menjejaska­n kesuburan pokok.

“Memang sayang apabila pokok unik itu mati, namun ia tidak dapat dielakkan atas faktor dinyatakan itu. Walaupun cuaca di Brazil dan Malaysia panas, perbezaan tetap ada sehingga menyebabka­n pokok itu tidak sesuai hidup di sini,” katanya kepada BH, semalam.

Rosli berkata, orang ramai terutama pembangkan­g tidak perlu mensensasi­kan perkara itu kerana pihak pemaju juga tidak menjangka pokok berkenaan yang banyak hidup di Amerika Selatan tidak mampu bertahan lama di sini.

 ?? [FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH] ?? Pokok Ceiba Speciosa yang ditanam sebagai mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus mati selepas lima bulan dipercayai akibat faktor cuaca.
[FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH] Pokok Ceiba Speciosa yang ditanam sebagai mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus mati selepas lima bulan dipercayai akibat faktor cuaca.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia