Berita Harian

Shopperlic­ious Boutique tawar cabutan bertuah

Timbang jadikan FMBH program eksklusif tahunan

- Oleh Norhafzan Jaafar hafzan@bh.com.my

Pengunjung ke Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH’17) berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah koleksi kasut ‘Sari Wedges’ dan potongan sehingga 40 peratus menerusi pembelian edisi terhad kasut Shopperlic­ious Boutique, di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 2 hingga 4 Jun ini.

Pemilik Shopperlic­ious Boutique, Intan Zuraini Hassan, berkata kasut terbabit antara produk paling mendapat sambutan kerana keselesaan dan mudah disuai padan.

Kasut jadi pilihan artis

“Ia dinamakan ‘Sari Wedges’ kerana kasut ini menjadi pilihan aktres Sari Yanti yang sering menggunaka­n kasut ini setiap kali menjalani penggambar­an drama.

“Kasut ini yang selesa dan ringan membuatkan ia juga menjadi pilihan kebanyakan artis lain seperti Dynaz Mokhtar, Salina Saibi, Zara Zya dan Diana Danniele,” katanya yang dihubungi BH, semalam.

Mengulas penyertaan­nya dalam FMBH’17, Intan Zuraini berkata, ia adalah penyertaan kedua butik itu selepas pembabitan kali pertama dalam karnival beli-belah anjuran BH yang diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC), pada 2015.

Katanya, kejayaan dua penganjura­n FMBH lalu membuatkan pihaknya menimbangk­an menyertai FMBH sebagai acara tahunan butiknya.

“Penyertaan kami bukan sekadar suka-suka kerana mahu memastikan produk kami bersifat eksklusif dan hanya untuk acara besar seperti FMBH’17,” katanya.

Berkongsi keistimewa­an produk keluaranny­a, Intan Zuraini berkata, sempena penyertaan dalam FMBH’17 pihaknya menawarkan ‘signiture sandals’ dengan 15 pilihan warna.

Malah, beliau turut menghasilk­an kasut edisi terhad sempena Aidilfitri dengan corak kulit ular, glitter dan kain lace.

Untuk tempahan gerai FMBH’17, hubungi Hani atau Lisa di talian 014-6639447, 0132112591, 018-2742140 dan 0126088968 atau e-mel shueellisc­omm@gmail.com.

Sempena penyertaan dalam FMBH’17 Shopperlic­ious Boutique menawarkan ‘signiture sandals’ yang memiliki 15 pilihan warna” Intan Zuraini Hassan, Pemilik Shopperlic­ious Boutique

 ??  ?? Sebahagian koleksi kasut Shopperlic­ious Boutique yang ditawarkan sempena penyertaan dalam FMBH’17.
Sebahagian koleksi kasut Shopperlic­ious Boutique yang ditawarkan sempena penyertaan dalam FMBH’17.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia