Berita Harian

NSTP sasar 400 vendor, ejen edar dua produk digital

Tawar rakan niaga komisyen kompetitif melalui penjualan akhbar digital, portal pendidikan Fullamark

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) menyasarka­n 400 vendor dan ejen jualan akhbarnya menjadi pengedar kepada dua produk digital keluaran syarikat itu.

Ketua Jualan, Jualan Akhbar dan Pengedaran­nya, Alfian Alias, berkata NSTP sentiasa mengambil berat hubungan dengan semua 720 vendornya di seluruh negara dan berusaha untuk membantu mereka meningkatk­an pendapatan.

Katanya, terbaru NSTP menawarkan peluang pengedaran dua produk digital NSTP iaitu akhbar digital dan portal pendidikan Fullamark kepada vendor dan ejen mereka selain pengedaran akhbar.

“Industri akhbar ketika ini berdepan cabaran jumlah pengedaran yang kian menurun dan ia sudah tentu menjejaska­n pendapatan vendor dan ejen kami.

“Justeru, NSTP mengambil inisiatif menawarkan peluang kepada rakan niaga kami hak sebagai pengedar dua produk digital ini dengan komisyen yang kompetitif,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat mengenai peluang pengedaran baharu itu kepada hampir 20 vendor dan ejen di Balai Berita, di sini, semalam.

40 vendor setuju ambil bahagian

Alfian berkata, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan semua vendor dan ejen di setiap negeri bermula akhir bulan lalu bagi memberi penerangan mengenai peluang pengedaran produk digital itu.

Katanya, maklum balas yang diterima adalah positif dan setakat ini, seramai 40 vendor bersetuju mengambil bahagian.

“Kita juga akan membuat susulan dengan vendor dan ejen lain yang belum memberi jawapan sama ada berminat atau tidak.

“Bagaimanap­un, kita yakin lebih ramai akan bersetuju untuk terbabit sama berikutan penurunan edaran akhbar ketika ini yang secara tidak langsung menjejaska­n pendapatan mereka,” katanya.

 ?? [FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] ?? Alfian memberi taklimat peluang pengedaran dua produk digital baharu NSTP kepada hampir 20 vendor dan ejen di Balai Berita, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MUHD ZAABA ZAKERIA/BH] Alfian memberi taklimat peluang pengedaran dua produk digital baharu NSTP kepada hampir 20 vendor dan ejen di Balai Berita, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia