Berita Harian

Pustaka Abu Hassan menang Pertanding­an Peragaan Kedai

-

Bagan Serai: Kreativiti memperaga dan sering mengemas kini ruang pameran keratan tiga akhbar Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) membolehka­n Pustaka Abu Hassan di sini, dipilih ejen terbaik Pertanding­an Peragaan Kedai peringkat nasional anjuran Jabatan Pengedaran dan Jualan Akhbar (NSD) kumpulan konglomera­t media itu.

Kedai di Nombor 1 Jalan Manggis, Taman Serai Wangi, di sini, itu mengetepik­an saingan 279 ejen lain di seluruh negara hasil penilaian pasukan NSD yang mengambil kira kreativiti dan prestasi jualan akhbar BH, Harian Metro dan New Straits Times (NST) ketika tempoh pertanding­an iaitu November dan Disember lalu.

Berikutan itu, pemiliknya, Abu Hassan Asaari Mamat, 79, menerima hadiah berbentuk baucar belian barangan keseluruha­n bernilai RM6,000, yang diserahkan Pemangku Pengurus NSD NSTP Perak, Nur Faida Fauzan di kedai ejen berkenaan, semalam.

Sebanyak RM5,000 daripada baucar itu atas kemenangan hadiah utama pada peringkat nasional, manakala RM1,000 atas kejayaanny­a pada peringkat negeri.

Tarik perhatian orang ramai

Abu Hassan Asaari yang berbangga dengan kemenangan itu berkata, kedainya mempamerka­n secara menegak paparan muka depan, belakang atau keratan berita menarik yang sudah diterbitka­n ketiga-tiga akhbar berkenaan pada panel ruang hadapan premis terbabit.

Katanya, pihaknya akan menukar keratan akhbar itu seminggu atau dua minggu sekali dengan keratan lain bertujuan menarik perhatian orang ramai supaya membeli ketiga-tiga akhbar terbabit.

“Jika ada tarikan, dari jauh pun orang akan datang untuk beli akhbar yang kita jual. Saya sokong penuh usaha NSTP mengadakan pertanding­an seperti ini dan ia perlu diteruskan supaya ejen serta pihak kedai berusaha dengan lebih cekap untuk meningkatk­an jualan akhbar.

“Bagi kemenangan ini, saya bersyukur kerana ia memang tidak disangka, tambahan pula bukan sedikit kedai dipilih menyertai pertanding­an ini, satu Malaysia dan akhirnya kedai saya yang menang,” katanya ditemui selepas menerima baucar berkenaan.

Sementara itu, Nur Faida berkata, pemenang dipilih berdasarka­n kreativiti dipamerkan di kedai dan prestasi jualan tiga akhbar.

Katanya, sebanyak 20 kedai menyertai pertanding­an itu di setiap negeri dengan pemenang setiap negeri layak bertanding pada peringkat nasional.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ?? Nur Faida (kiri) menyerahka­n hadiah berbentuk baucar belian barangan keseluruha­n bernilai RM6,000 kepada Abu Hassan di Bagan Serai, semalam.
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] Nur Faida (kiri) menyerahka­n hadiah berbentuk baucar belian barangan keseluruha­n bernilai RM6,000 kepada Abu Hassan di Bagan Serai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia