Berita Harian

23 lelaki berbogel di kem motivasi kena denda RM1,500

Lima lagi didenda selepas mengaku bersalah bersubahat

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@bh.com.my

Seramai 23 lelaki termasuk pelajar kolej swasta didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku salah berbogel ketika menyertai kem motivasi di padang permainan sebuah pusat peranginan di sini.

Lima lagi peserta lelaki turut didenda jumlah sama selepas mengaku salah bersubahat melakukan kesalahan itu.

Majistret Khairuddin Anhar Mahmud memerintah­kan semua 28 tertuduh yang mengaku berkelakua­n lucah dan bersubahat melakukan perbuatan terbabit membayar denda berkenaan atau dipenjarak­an sebulan jika gagal berbuat demikian.

Kumpulan pertama 23 peserta kem motivasi berusia antara 19 hingga 23 tahun itu serentak menjawab ‘ya’ apabila ditanya jurubahasa mahkamah sama ada memahami pertuduhan dan menjawab ‘mengaku’ apabila ditanya sama ada mengaku salah atau sebaliknya.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kegusaran kepada Pengerusi Jawatankua­sa Penduduk Selesa Hillhomes, Rozzana Chung Abdullah dengan berkelakua­n lucah di tempat awam iaitu berbogel di padang permainan Selesa Hillhomes, Bukit Tinggi pada jam 5.30 petang 21 Januari lalu.

Boleh dipenjara tiga tahun

Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Kumpulan kedua membabitka­n lima peserta pula didakwa bersama-sama lima fasilitato­r termasuk jurulatih kem motivasi itu mengikut seksyen sama dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama.

Lima fasilitato­r dan jurulatih termasuk seorang wanita yang turut mengaku salah bersubahat pula didenda RM3,000 dan penjara sebulan bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 22 Januari lalu selepas mengaku salah atas tuduhan sama.

Mereka ialah Yew Kian Shyong, 45; Cheak Yen Wah, 33; Ng Cheng Leong, 44; Lie Keh Feng, 23; dan Lim Eu Geen, 26.

Jurulatih kem motivasi, Kian Shyong yang diberi peluang bercakap dalam prosiding semalam, mengaku bertanggun­gjawab terhadap kejadian itu dan memohon semua peserta diberi peluang dan dikenakan hukuman ringan.

Pegawai pendakwa, Ismantie Ismail bagaimanap­un memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap semua tertuduh kerana perbuatan itu melanggar Rukun Negara dan tatasusila, selain menyebabka­n kegusaran kepada wanita dan kanak-kanak yang berada di kawasan sekitar ketika kejadian.

 ?? [FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] ?? Sebahagian daripada 35 lelaki hadir ke Mahkamah Bentong, atas dakwaan berkelakua­n lucah di tempat awam.
[FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] Sebahagian daripada 35 lelaki hadir ke Mahkamah Bentong, atas dakwaan berkelakua­n lucah di tempat awam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia