Berita Harian

Andalusia, Rayhar sewa pesawat A380 milik MAB

-

Kuala Lumpur: Dua syarikat pengendali umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) dan Rayhar Travels Sdn Bhd (Rayhar), semalam memeterai perjanjian penyewaan pesawat A380 milik Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Perjanjian ditandatan­gani Pengarah Andalusia, Riswana Idris dan Pengarah Eksekutif Rayhar, Zakaria Ahammu, manakala MAB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Peter Bellew dan Ketua Bahagian Catar, Proteek Kumar Sengupta.

92 penerbanga­n sewa khas

Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Daud Che Ngah, berkata sebanyak 92 penerbanga­n sewa khas disediakan membabitka­n 42,021 tempat duduk yang dijadual berlepas ke Madinah dan Jeddah mulai 26 Oktober ini hingga 3 Jun 2017.

Katanya, penyewaan pesawat Airbus itu memberi keyakinan kepada pihaknya untuk menerima pendaftara­n 30,000 jemaah umrah dalam tempoh lapan bulan berkenaan berbanding 22,000 sejak Januari lalu hingga Ramadan ini.

“Kami menghargai komitmen dan kepercayaa­n MAB membenarka­n kami menggunaka­n pesawat khas dengan 494 tempat duduk itu. Perjanjian ini kesinambun­gan kerjasama sedia terjalin di antara kami dan MAB sejak dua musim lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Rayhar, Harun Ahmmu, berkata perjanjian itu akan membolehka­n jemaah umrah menikmati kemudahan lebih selesa, mesra serta selamat sepanjang penerbanga­n pergi dan pulang dari Tanah Suci.

“Kami ambil berat mutu perkhidmat­an disediakan dan yakin MAB yang berpengala­man luas dalam urusan penerbanga­n sewa khas mampu memberi khidmat cemerlang kepada jemaah,” katanya.

 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? Bellew, Zakaria (kiri), Pengarah Penasihat Undang-undang Andalusia Travel, Ida Riswana Idris (dua dari kiri) dan Sengupta (kanan) bergambar selepas majlis menandatan­gani perjanjian penerbanga­n catar umrah MAB antara Andalusia dan Rayhar Travels di KLCC, semalam.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] Bellew, Zakaria (kiri), Pengarah Penasihat Undang-undang Andalusia Travel, Ida Riswana Idris (dua dari kiri) dan Sengupta (kanan) bergambar selepas majlis menandatan­gani perjanjian penerbanga­n catar umrah MAB antara Andalusia dan Rayhar Travels di KLCC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia