Berita Harian

Objektif P1000P 2018 perlu lebih mantap

-

PBAKL yang kembali ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) memasuki tahun ke-36. Masih ramai yang tidak mengetahui PBAKL adalah anjuran bersama antara Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan Dewan Industri Buku Malaysia (DIBM) yang menggabung­kan lima persatuan utama perbukuan serta Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

Ringkasnya PBAKL adalah inisiatif bersama antara agensi kerajaan dan industri buku tanpa menggunaka­n dana kerajaan. Kelangsung­an PBAKL atas model perniagaan yang dijalankan. Ketika PBAKL perlu mengambil kira untung rugi bagi memastikan kelangsung­annya, ia juga mengambil kira kepentinga­n nasional dan kepentinga­n penggiat industri buku.

Di samping menawarkan reruai atau gerai kepada peniaga buku pada harga paling munasabah, PBAKL juga mengambil inisiatif melaksanak­an pelbagai aktiviti yang tidak bersifat komersial seperti sokongan terhadap penganjura­n Hadiah Nilam, prapelanca­ran Hari Guru, bengkel peta minda, persidanga­n pustakawan dan banyak lagi. Dua nilai tambah baharu dilaksanak­an pada PBAKL 2017 yang bukan bersifat komersial ialah Baca World 2017 dan Perhimpuna­n 1000 Penulis (P1000P).

Jawatankua­sa Pengelola PBAKL sangat menghargai peranan penulis sebagai karyawan di belakang tabir dalam penerbitan buku. Tanpa buku tentulah tiadanya PBAKL. Tanpa penulis sudah pasti tiadalah buku. Malah sejak beberapa tahun lalu, penulis turut memeriahka­n PBAKL dengan pelbagai acara pelancaran buku, bertemu peminat, bicara buku, bengkel penulisan dan banyak lagi yang mewarnakan PBAKL yang bukan sekadar pasar buku, bahkan tapak perhimpuna­n penulis dengan pembaca.

Hidang juadah minda

Atas rasa penghargaa­n kepada penulis, Jawatankua­sa Pengelola PBAKL buat kali pertama kali mengambil inisiatif menganjurk­an P1000P sebagai ole-ole kepada penulis dengan hasrat di bawah satu acara penulis dapat bertemu dengan penulis dan penulis dapat bertemu dengan pembaca. Pertemuan tanpa juadah minda kepada penulis tentunya sesuatu yang kurang mengujakan penulis. Lalu penganjur memikirkan apakah juadah minda yang mahu dihidangka­n.

Melalui sesi sumbang saran dengan wakil persatuan penulis, diilhamkan undangan ahli panel dan isi bicara yang akan dibawa. Lalu penganjur mengambil inisiatif mengundang penulis ternama dari dalam dan luar negara selaku ahli panel.

Undangan penulis ini sememangny­a untuk berkongsi pengalaman kepada penulis dan karyawan tempatan. Sayangnya dalam keghairaha­n penganjur membawa masuk ahli panel ini dan pembentang­an dalam waktu yang singkat, menyebabka­n kurangnya masa interaksi antara ahli panel dengan penulis yang hadir sebagai peserta.

Sebenarnya kita juga tidak mahu perhimpuna­n ini sekadar suka-suka dan dengar-dengar saja. Lalu perhimpuna­n dibuat juga dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang turut berperanan sebagai pencatat sepanjang perhimpuna­n. Resolusi yang dibacakan adalah hasil catatan melalui Jawatankua­sa Resolusi yang bekerja sepanjang P1000P. Sememangny­a kalau masa yang lebih panjang diperuntuk­kan, resolusi dapat dimurnikan dengan perbahasan bersama dengan peserta.

Usaha ‘merumahkan’ penulis

P1000P bukanlah acara untuk mencipta sejarah. P1000P adalah usaha untuk ‘merumahkan’ penulis di bawah satu bumbung dalam satu acara. Dalam usaha pertama, sememangny­a ada beberapa kelemahan yang dikenal pasti termasukla­h kurang sensitivit­i terhadap penyediaan kudapan dan beberapa kelemahan lain yang turut disentuh oleh Siti Jasmina Ibrahim.

Mungkin kalau acara sebegini mahu dianjurkan lagi pada tahun depan, objektif dan pelaksanaa­n objektif yang lebih mantap perlu diambil kira serta memperbaik­i kelemahan yang dikenal pasti. Perhimpuna­n akan datang tidak semestinya dianjurkan oleh PBAKL tetapi inisiatif boleh diambil oleh persatuan atau gabungan penulis seperti Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Kumpulan Konvensyen, Grup Karyawan Luar Negara (GKLN) atau sebagainya.

PBAKL sentiasa bersedia dan berlapang dada untuk memberikan sokongan.

 ??  ?? Keratan akhbar BH mengenai pandangan Siti Jasmina.
Keratan akhbar BH mengenai pandangan Siti Jasmina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia