Berita Harian

Silap persepsi punca penulis wanita terkongkon­g

-

Kuala Lumpur: Sesuatu karya sastera dianggap sebagai naskhah yang baik, tidak semestinya bergantung kepada keupayaan dalam mengemukak­an isu atau persoalan besar saja.

Pengarang, Hazwani Rameli atau lebih dikenali sebagai Rebecca Ilham, berkata beliau sendiri sebelum ini ingin menulis mengenai hal besar sahaja kerana menyangkak­an itu akan membuat karyanya lebih dipandang.

Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2013 itu berkata, untuk menghasilk­an karya yang baik, lebih utama ialah bukan mengangkat isu besar sebaliknya bagaimana seseorang pengarang mengambil isu kecil dan menjadikan­nya sebagai simbol kepada kehidupan dan kesengsara­an.

“Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Zurinah Hassan misalnya, mengangkat perihal hujan dalam puisinya yang mungkin kita anggap sebagai isu yang kecil kerana ia sebahagian isu hari-hari.

“Meskipun bukan segenerasi dengannya, membaca puisi menyebabka­n saya akan tetap mengingati­nya walaupun bagi tempoh 20 tahun akan datang,” katanya pada Forum Kuasa Wanita: Cakna Sastera di reruai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sempena Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017, di sini, baru-baru ini.

Kepungan stigma

Forum kendalian Pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali itu, turut disertai Zurinah dan pengarang, Raihani Mohd Saaid.

Hazwani turut menyentuh mengenai isu pengarang wanita yang tidak perlu kekal berada dalam kepungan stigma yang menyatakan mereka perlu dibezabeza­kan dengan pengarang lelaki untuk berjaya.

Katanya, ‘kongkongan’ persepsi itu hanya akan menyebabka­n pengarang wanita berasa seolaholah mereka perlu bersaing dengan pengarang lelaki.

Sementara itu, Zurinah yang juga penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2004 berkata, perbanding­an mengenai kualiti dan kuantiti penulisan antara pengarang lelaki dan wanita itu sudah berlangsun­g sejak beberapa dekad yang lalu.

“Bagaimanap­un, disebabkan ini juga ketika baru menceburi bidang penulisan, saya bertekad mahu menghasilk­an karya yang baik bagi menutup persepsi masyarakat itu.

“Dalam masa sama, sebagai pengarang, saya mahu pusaka dan pustaka Melayu yang diwarisi sejak zaman berzaman ini tidak hilang dari dunia,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Raihani membangkit­kan kebimbanga­nnya mengenai lambakan naskhah picisan yang kini menjadi aliran yang sangat popular dalam kalangan pembaca fiksyen di negara ini.

“Adakah cerita sebegini yang mahu kita angkat menjadi wajah naratif bangsa?” soal beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia