Berita Harian

Galak pelajar sekolah menengah ikuti aliran sains

-

Laporan mengenai nisbah pelajar sains di sekolah menengah seluruh negara masa kini kurang berbanding bukan sains iaitu 21:79 seperti nisbah dikeluarka­n Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam BH pada 3 Mei 2017 adalah membimbang­kan.

Berdasarka­n nisbah ini, ia menunjukka­n penyertaan pelajar dalam aliran sains adalah rendah sedangkan dasar diperkenal­kan kerajaan pada 1967 ialah 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran bukan sains.

Berdasarka­n statistik ini, menunjukka­n kadar penurunan amat jauh bezanya sedangkan kerajaan sudah lama memperkena­l dan mempromosi­kan dasar itu supaya pelajar berminat dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI).

Apa yang membimbang­kan ialah pelajar Bumiputera yang tinggal di luar bandar dan sentiasa ketinggala­n di belakang. Mereka ini dari dahulu lagi kurang didedahkan dengan persekitar­an sains dan teknologi. Untuk meningkatk­an pelajar Bumiputera dalam bidang sains dan teknologi, bermula 1973, kerajaan membina beberapa sekolah menengah sains (SMS) di seluruh negara iaitu ketika Rancangan Malaysia Kedua.

Sehingga sekarang, ada 43 SMS. Di samping itu kerajaan juga menubuhkan sekolah berasrama penuh intergrasi (SBPI), sekolah menengah agama persekutua­n (SMAP) di samping memperkasa­kan sekolah berasrama penuh jenis premier yang sedia ada.

Aliran sains di MRSM

Semua jenis sekolah berasrama penuh, termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediaka­n kelas aliran sains tulen dan aliran yang bukan sains, bermula pada Tingkatan Empat, manakala sekolah menengah kebangsaan biasa, kebanyakan­nya menyediaka­n aliran bukan sains seperti sains sosial, agama iktisas dan sastera.

Sekolah teknik pula memberi tumpuan kepada aliran sains teknikal. Jadi berdasarka­n minat, kemampuan, keputusan yang diterima dalam PT3, sokongan guru dan ibu bapa, maka pelajar sendiri akan menentukan aliran pengajian yang akan diduduki.

Ramai pelajar takut untuk memasuki aliran sains kerana untuk memasuki aliran ini, pelajar mesti mendapat A dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dalam PT3.

Justeru, bukan senang untuk memperagak­an kebolehan akal dan pemikiran dalam pengajian sains tulen. Kebolehan mengingat fakta, menghafal formula dan menyelesai­kan masalah dengan kreatif adalah penting. Hanya pelajar yang cerdik, celik akal, cemerlang dan bercita-cita tinggi sahaja berani memasuki aliran sains tulen.

Biasanya hanya pelajar Bumiputera yang belajar di sekolah berasrama penuh dan MRSM akan mengikuti aliran sains tulen berbanding pelajar bukan Bumiputera yang lebih berani mengikuti aliran ini walaupun hanya belajar di sekolah menengah biasa.

Di sekolah menengah kebangsaan biasa, tidak ramai pelajar memasuki aliran sains tulen berbanding di sekolah menengah teknik dan kolej vokasional di mana ramai yang memasuki kelas aliran sains teknikal serta teknikal dan vokasional kerana meminati bidang kemahiran dan teknikal.

Mata pelajaran kemahiran

Mata pelajaran juga lebih kepada berorienta­sikan kemahiran, latihan dan praktikal. Dengan kata lain, pelajar tidak berasa tertekan ketika mengikuti mata pelajaran dalam aliran itu.

Apa yang penting, mereka faham apa yang diajar oleh guru. Lepasan sekolah menengah teknik juga kebanyakan berpeluang menyambung­kan pelajaran ke politeknik dan juga IPT dalam bidang sains, kejurutera­an, mekanikal dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Berdasarka­n huraian di atas, memang sejak akhir-akhir ini pelajar yang mengambil aliran sains tulen di sekolah menengah ketika tingkatan Lima dan Enam semakin berkuranga­n dan ia membimbang­kan ibu bapa, masyarakat dan negara, sedangkan kita memerlukan ramai pakar dalam bidang perubatan, farmasi, telekomuni­kasi, pertanian, kejurutera­an, petroleum, ICT dan lain-lain lagi menjelang Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Untuk memupuk minat terhadap pelajar mengambil aliran sains tulen, maka ibu bapa haruslah mendidik dan memberi kesedaran kepada anak sejak sekolah rendah lagi terhadap kepentinga­n mata pelajaran Sains dan Matematik. Kalau anak mendapat pangkat A dalam kedua-dua mata pelajaran itu, maka galakkan mereka mengambil aliran sains tulen.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Keputusan peperiksaa­n PT3 menentukan aliran yang akan diikuti ketika di Tingkatan Empat.
[FOTO HIASAN] Keputusan peperiksaa­n PT3 menentukan aliran yang akan diikuti ketika di Tingkatan Empat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia