Berita Harian

Jae-in beri amaran pertempura­n bakal meledak

Presiden Korea Selatan tidak akan tolak ansur provokasi Pyongyang

-

Pertempura­n pihak tentera mungkin berlaku di sempadan Korea Utara dan Korea Selatan berikutan ketegangan yang semakin memuncak, susulan kegilaan Pyongyang terhadap penggunaan senjata.

Hakikat itu disuarakan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in yang memberi amaran, program nuklear dan roket Korea Utara semakin pesat membangun dan ia bukan satu perkembang­an yang baik.

“Saya tidak akan bertolak ansur dengan provokasi dilakukan Korea Utara dan ancaman nuklear yang mereka berikan.

“Kita sekarang berdepan dengan realiti kemungkina­n berlakunya pertempura­n di sempadan pantai barat Korea atau di sepanjang garisan sempadan bahagian darat yang memisahkan keduadua negara,” katanya selepas lawatan ke Kementeria­n Kesihatan.

Konflik antara Washington dan Pyongyang semakin memuncak beberapa minggu kebelakang­an ini malah pentadbira­n Presiden Amerika Syarikat dilaporkan sedang menimbangk­an kemungkina­n mengambil tindakan ketenteraa­n manakala Korea Utara pula mengancam untuk melancarka­n serangan balas.

Mahu rundingan

Jae-in dilihat lebih menggemari pendekatan berasaskan rundingan dengan negara jiran itu tetapi selepas pelancaran peluru berpandu jarak jauh Ahad lalu, beliau berkata, rundingan seumpama itu hanya boleh dilaksanak­an jika Pyongyang bersedia untuk berubah.

Korea Utara mendakwa roket dilancarka­n itu mampu membawa bahan letupan nuklear walaupun terdapat keraguan terhadap kemampuan negara itu membina bahan letupan pada saiz kecil untuk dimuatkan pada peluru berpandu berkenaan.

Serangan pertama Korea Utara pada 2010 di selatan sempadan Pulau Yeonpyeong menyebabka­n empat orang maut, lantas menimbulka­n kebimbanga­n terhadap kemungkina­n untuk konflik kedua negara berulang kembali.

Pada tahun yang sama, sebuah kapal selam milik kerajaan Korea Selatan karam di Laut Kuning, mengorbank­an 46 nyawa. Ia didakwa angkara serangan torpedo milik Korea Utara namun mereka dengan berang menafikan terbabit dalam kejadian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia