Berita Harian

PBB cadang perlembaga­an baharu atasi konflik

-

Geneva: Kerajaan Syria dan wakil pembangkan­g dijangka memberi maklum balas terhadap cadangan ‘mengejut’ Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) yang bertujuan membuka jalan untuk penubuhan sebuah perlembaga­an baharu, pada hari kedua pusingan keenam rundingan damai Syria.

Rundingan disokong PBB itu adalah usaha terbaharu untuk mencari satu penyelesai­an politik terhadap konflik yang sudah meragut lebih 320,000 nyawa, setakat ini.

Usaha damai itu bermula ketika wujud ketegangan baharu selepas Amerika Syarikat menuduh kerajaan Presiden Syria, Bashar alassad menggunaka­n krematoriu­m penjara untuk menyembuny­ikan beriburibu tahanan yang dibunuh.

Wakil PBB, Staffan de Mistura bertemu dua kali dengan delegasi kerajaan Syria dan Jawatankua­sa Rundingan Tinggi (HNC) pembangkan­g dengan mesyuarat di ibu pejabat PBB berlanjuta­n sehingga ke lewat petang.

Wakil pembangkan­g berkata, mesyuarat mereka tertumpu kepada isu beriburibu tahanan yang masih berada dalam penjara Syria selain usaha merangka satu perlembaga­an baharu.

Gariskan deraf

Dua sumber pembangkan­g memaklumka­n De Mistura menunjukka­n HNC satu dokumen yang mencadangk­an sepasukan aktivis masyarakat sivil dan teknokrat yang bertanggun­gjawab mengga riskan sebuah deraf perlembaga­an.

Pasukan ‘perunding’ itu akan mula bekerja menyiapkan ‘pilihan tertentu deraf perlembaga­an’, menurut satu salinan cadangan yang dilihat AFP.

Ia bertujuan mengelakka­n kelompanga­n perlembaga­an atau undangunda­ng, ketika proses peralihan politik sedang dirundingk­an.

Namun, salah seorang wakil HNC, Munzer Makhos berkata, pemimpin pembangkan­g mempunyai banyak bantahan dan masih membincang­kannya.

“Ia akan menjadi lebih jelas selepas ini. Kertas cadangan ini sesuatu yang mengejut, kami tidak menjangkak­annya sebelum ini,” kata Makhos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia