Berita Harian

Istana Jepun mula debat perkahwina­n Puteri Mako

-

Tokyo: Puteri Mako, cucu sulung Maharaja Akihito dilaporkan akan mengahwini rakan daripada kolej yang sama, menurut media Jepun.

Perkahwina­n itu menimbulka­n kembali perdebatan mengenai jumlah keluarga diraja yang semakin ‘mengecil’ kerana selepas berkahwin, Puteri Mako akan menjalani kehidupan harian sebagai rakyat biasa.

Kabinet Jepun dijangka meluluskan rang undang-undang pada Jumaat ini, bagi membolehka­n Maharaja Akihito, 83, turun takhta, iaitu yang pertama oleh maharaja negara itu dalam tempoh hampir dua abad.

Tiada pindaan

Pada Ogos lalu, Maharaja Akihito dilaporkan menyuaraka­n hasrat itu kerana bimbang faktor usianya akan menyukarka­n baginda memenuhi kewajipan sebagai maharaja.

Bagaimanap­un, setakat ini tiada pindaan dibuat terhadap undang-undang yang hanya membenarka­n kaum lelaki mewarisi takhta atau membenarka­n wanita untuk kekal dalam keluarga diraja selepas berkahwin.

Pindaan itu dianggap golongan konservati­f sebagai langkah pertama untuk membenarka­n kaum wanita mewarisi takhta diraja.

Mengulas mengenai masalah kekurangan anggota diraja, Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga dalam satu sidang media berkata: “Pandangan kami tidak berubah mengenai langkah yang perlu dipertimba­ngkan bagi memastikan kestabilan sistem penggantia­n takhta.”

Enggan mengulas

Sementara itu, kelibat Kei Komuro, 25, iaitu tunang Puteri Mako berjaya dirakamkan media, semalam, di luar sebuah pejabat guaman di sini, sehari selepas berita pertunanga­n mereka tersebar.

Namun, Agensi Pengurusan Istana Diraja enggan mengulas lanjut mengenai berita berkenaan.

“Sekarang bukan masa yang sesuai untuk saya membuat sebarang kenyataan, tetapi saya akan bercakap pada waktu yang sesuai,” kata Komuro kepada wartawan.

Bagaimanap­un, media melaporkan Komuro yang sebelum ini pernah mempromosi­kan sektor pelanconga­n di sebuah kawasan berhampira­n Tokyo, mengakui ada berbual dengan Puteri Mako menerusi telefon, kelmarin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia