Berita Harian

Sharapova tarik diri, Murray ‘bungkus’

-

Rome: Penyandang juara, Andy Murray tersingkir pada aksi pembukaan Rome Masters ketika bintang Russia, Maria Sharapova terpaksa menarik diri susulan kecederaan paha, semalam.

Tiba selaku pemain nombor satu dunia, Murray yang mendapat bye pada pusingan pertama tumbang mengejut kepada pemain rumah, Fabio Fognini 6-2, 6-4.

Sharapova yang memakai lilitan di paha kirinya menarik diri ketika menentang pemain veteran Croatia, Mirjana Lucic-baroni sekalipun mendahului 4-6, 6-3, 2-1 sekali gus melengkapk­an hari malangnya yang turut dinafikan tiket wild card ke Terbuka Perancis.

Kekalahan Murray kepada Fognini dalam tempoh kurang 90 minit adalah yang ketujuh bagi pemain dari Scotland itu dan dia tidak pernah melangkah melebihi peringkat suku akhir di kejohanan utama pada 2017.

Hilang nama besar

“Saya yakin ada banyak perkara yang saya boleh lakukan dengan lebih baik. Dia jelas memulakan permainan dengan amat baik,” kata Murray.

“Saya tidak mencipta banyak peluang. Satu-satunya peluang yang saya peroleh ialah ketika dia melakukan kesilapan. Saya jelas merasa lebih baik sedikit... namun jelas masih jauh daripada apa yang ingin saya berada.”

Penyingkir­an Sharapova, 30, di Rome dalam pada itu turut menamatkan peluangnya untuk layak ke undian pertama Wimbledon namun keputusan Persekutua­n Tenis Perancis (FFT) untuk tidak memberikan­nya tiket wildcard di Roland Garros lebih mencuri perhatian.

“Saya meminta maaf kerana terpaksa menarik diri daripada perlawanan kerana kecederaan paha kiri,” kata Sharapova dalam satu kenyataan. “Saya akan mengambil segala ujian yang diperlukan bagi memastikan ia tidak serius.”

Ketiadaan Sharapova menyaksika­n Terbuka Perancis terus kehilangan nama besar selepas sudah pun kehilangan Roger Federer dan bintang Amerika Syarikat, Serena Williams. TENIS ROME MASTERS

Saya meminta maaf kerana terpaksa menarik diri daripada perlawanan kerana kecederaan paha kiri” Maria Sharapova, Pemain tenis Russia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia