Berita Harian

City perlu garang di laman sendiri

-

Pep Guardiola berkata Manchester City perlu meningkatk­an prestasi di laman sendiri jika mereka mahu mencabar kejuaraan pada musim depan selepas menewaskan West Brom dalam aksi terakhir di laman sendiri kempen ini.

Musim pertama pengendali dari Sepanyol itu akan berakhir di Watford, Ahad ini dengan dia gagal memenangi sebarang gelaran buat kali pertama sepanjang karier pengurusan­nya.

Tetapi kemenangan 3-1 ke atas West Brom semalam cukup untuk memastikan penamat empat terbaik - dan tempat ke Liga JuaraJuara musim depan - ketika kemenangan di Watford boleh mengesahka­n City tiket automatik ke saingan Eropah itu.

Malam hebat Pablo

“Saya tidak akan bercakap kami sudah menjamin kedudukan keempat, tetapi Arsenal perlu menang dengan lima atau enam gol ke atas Everton yang dikendalik­an rakan karib saya Ronald Koeman,” kata Guardiola kepada pemberita di Stadium Etihad.

“Kami berada pada landasan yang betul dan akan bertandang ke London dengan misi mena- matkan saingan liga di kedudukan ketiga. Saya gembira untuk melakukann­ya.”

Bagaimanap­un, City perlu memperbaik­i prestasi di Stadium Etihad, yang mana biarpun menutup kempen dengan mencatat tiga kemenangan berturut-turut, namun mereka hanya mencatat 11 kemenangan daripada 19 aksi di laman sendiri musim ini.

“Rekod kami di laman sendiri tidak cukup bagus,” kata Guardiola. “Kami beraksi dengan baik pada pada tiga perlawanan terakhir, tetapi tidak cukup bagus.

“Ia menjadi sebab mengapa kami gagal bertarung (untuk gelaran) sehingga akhir musim. Kami banyak kehilangan mata... Tetapi apapun ia tetap malam yang hebat buat Pablo.”

Kata-kata Guardiola itu merujuk kepada pertahanan Argentina Pablo Zabaleta, yang membuat penampilan terakhir di Stadium Etihad selepas akan meninggalk­an kelab pada akhir musim ini.

Jaringan babak pertama daripada Gabriel Jesus dan Kevin De Bruyne memastikan City menguasai permainan sebelum Yaya Toure melengkapk­an kemenangan dan gol sagu hati West Brom dijaringka­n Hal Robson-kanu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia