Berita Harian

Wenger belum mengaku kalah

-

Arsene Wenger menegaskan Arsenal masih boleh menyelamat­kan kempen buruk mereka dengan menyambar tiket ke saingan Liga Juara-juara pada hari terakhir musim ini.

Skuad bimbingan Wenger terus menghidupk­an peluang untuk layak ke pertanding­an Eropah itu tatkala dua gol Alexis Sanchez memastikan kemenangan 2-0 ke atas Sunderland, semalam.

Kemenangan keenam daripada tujuh aksi terakhir meninggalk­an The Gunners di tangga kelima, satu mata di belakang pasukan tangga keempat Liverpool dan tiga mata dipisahkan dengan Manchester City di tangga ketiga.

Sudah hilang sabar

Arsenal kini perlu menewaskan Everton di Anfield pada Ahad ini sambil berharap City atau Liverpool tewas jika ingin mengelak terlepas tiket ke Liga Juara-juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

“Kami mahu layak ke sana, kami percaya pada setiap peluang,” kata Wenger. “Jika anda hanya memiliki satu peratus peluang anda tetap perlu memberikan segala-galanya.

“Saya rasa kami memiliki peluang yang baik. Jika kami semua menang kami hanya akan ketinggala­n satu mata, jadi mari kita lihat apa yang akan terjadi.”

Wenger sedar melepaskan peluang menamatkan saingan dalam kedudukan empat terbaik akan mengecewak­an sebahagian besar penyokong yang kelihatan sudah hilang sabar.

Ia jelas terbukti apabila terdapat kerusi yang kosong di Stadium Emirates semalam sebagai tanda protes di atas kegagalan berterusan Wenger.

Ditanya sama ada dia dan pemain terjejas dengan protes terbabit, Wenger berkata dia tidak terkejut dengan kehadiran yang rendah sewaktu menang ke atas Sunderland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia