Berita Harian

Ganjaran RM5,000 jika pecah rekod

Atlet olahraga terima insentif RM1,000 untuk pingat emas

- Oleh Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

Meskipun temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) masih berbaki 93 hari lagi, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sudah pun mengumumka­n insentif khas untuk pemenang pingat emas dan pemecah rekod Sukan SEA, Ogos ini.

Ganjaran RM5,000 menanti atlet yang memperbaha­rui rekod Sukan SEA manakala atlet yang memecah rekod kebangsaan dan pemenang pingat emas masingmasi­ng akan menerima RM1,000 seorang termasuk bagi acara berpasukan.

Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim berkata, insentif itu adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatk­an semangat atlet bagi mencapai kejayaan cemerlang di laman sendiri.

Skim berbeza untuk jurulatih

“Jika berjaya memenangi pingat emas dan rekod juga berjaya dipecahkan, bermakna atlet itu layak menerima RM6,000. Bagi acara lari berganti-ganti 4x100 meter (m) yang diwakili empat pelari memenangi pingat emas, setiap seorang akan menerima RM1,000.

“Kita umumkan insentif ini lebih awal kerana ingin memberikan motivasi supaya atlet berlatih bersungguh-sungguh untuk mencari pingat emas.

“Tetapi jurulatih tidak menerimany­a kerana masing-masing mempunyai program lain di Majlis Sukan Negara (MSN) kerana mereka menerima gaji,” katanya pada sidang media di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (OCM), dekat sini, semalam.

Mengulas lanjut, Karim yakin acara lompat tinggi, lompat kijang dan lempar cakera lelaki mampu meraih pingat emas manakala, skuad olahraga juga boleh mencapai keputusan lebih baik berbanding di Singapura pada 2015.

“Selain tiga acara itu, acara lain yang berpotensi adalah pecut dan lontaran. Acara pecut mempunyai peluang namun kita tidak mahu meletakkan tekanan buat mereka,” katanya.

Skuad olahraga bakal mengharung­i tiga lagi kejohanan sebelum Sukan SEA membuka tirainya Terbuka Thailand (12 hingga 15 Jun), Terbuka Korea (26 hingga 27 Jun) dan Kejohanan Olahraga Asia Ke-22 di India pada 6 hingga 9 Julai ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia