Berita Harian

Joshua berguru di Korea Selatan demi emas

- Oleh Sukhairi Thani

Kuala Lumpur: Dua perkara sering bermain di fikiran atlet lawan pedang negara, Joshua Koh menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur (KL 2017), Ogos ini.

Pertama mengenai tekanan beraksi di laman sendiri yang tentunya memerlukan lebih daya tumpuan ketika beraksi di hadapan penonton tempatan yang pasti dahagakan kemenangan.

Kedua, Joshua berdepan mainan psikologi kerana dia adalah prospek emas pada temasya kali ini selepas kali terakhir menghadiah­kan pingat berkenaan dalam acara epee individu lelaki di Sukan SEA Indonesia 2011.

Apapun, berbaki kurang 95 hari sebelum temasya dwi tahunan itu membuka tirainya, Joshua jelas enggan terlalu dibuai kerunsinga­n sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada sesi latihan intesif di Korea Selatan, bermula minggu depan.

“Memang ada, tapi saya akan cuba mengawalny­a dan lakukan yang terbaik,” kata Joshua yang akan membuat penampilan kali keempat di Sukan SEA di Kuala Lumpur nanti.

“Kamu tidak boleh membiarkan tekanan itu menghantui diri. Sudah tentu ada rasa gementar tetapi ia perlu dikawal supaya dapat mengalihka­n perkara negatif kepada positif... bagi menjadikan­nya lebih baik.”

Joshua akan menjalani latihan di Seoul, Korea Selatan sehingga awal Ogos nanti dan dalam masa sama bakal menyertai Kejohanan Asia di Hong Kong, pertengaha­n Julai ini sebagai pemanas badan terakhirny­a sebelum beraksi di laman sendiri.

Latihan berbeza

Pemenang pingat emas di Kejohanan Lawan Pedang Universiti ASEAN 2017 itu berkata, dia dapat menjangkak­an saingan sengit daripada atlet Vietnam, Singapura dan Thailand namun yakin mampu menyumbang emas buat kontinjen negara.

“Pesaing adalah Vietnam, Singapura dan mungkin Thailand. Mereka tidaklah sekuat mana tetapi menjadi pesaing utama.

“Latihan mereka berpusat di luar negara dan ia tidak sama dengan corak latihan kami. "Apapun, saya mahu melakukan yang terbaik di laman sendiri dan yakin dapat menghadiah­kan emas buat negara,” katanya.

 ??  ?? Joshua akui hadapi tekanan beraksi di laman sendiri pada KL2017.
Joshua akui hadapi tekanan beraksi di laman sendiri pada KL2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia