Berita Harian

Empat rebut dua slot acara pecut

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Kuala Lumpur: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) belum memutuskan siapa pelari acara pecut 100 meter (m) lelaki yang bakal beraksi di Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 (KL 2017), Ogos ini.

Terdapat tiga lagi kejohanan perlu diharungi - Terbuka Thailand (12 hingga 15 Jun), Terbuka Korea (26 hingga 27 Jun) dan Kejohanan Olahraga Asia ke-22 di India pada 6 hingga 9 Julai ini.

Pengurus Sukan Olahraga, Noor Azman Mohd Kasim, berkata badan induk itu akan menilai prestasi semasa atlet, bukannya menilai daripada catatan peribadi terbaik milik mereka.

“Kita perlu lihat berdasarka­n prestasi semasa kerana ada catatan terbaik direkodkan tahun sebelum ini. Jadi tidak timbul isu kita sudah membuat keputusan untuk pelari terbaik ke KL 2017...kita belum membuat keputusan lagi.

Prestasi terkini

“Kita mempunyai tujuh pelari acara 100m yang boleh diuji dan semua mereka akan bertanding di Terbuka Thailand dan dua lagi kejohanan. Kita hantar nama yang layak ke Majlis Olimpik Malaysia (OCM) berdasarka­n prestasi terkini,” katanya pada sidang media di Wisma OCM, di sini, semalam.

Noor Azman menjelaska­n meskipun tiga pelari sudah melepas standard kelayakan kategori A ditetapkan OCM (10.45s), iaitu catatan pingat Perak di Sukan SEA Singapura 2015, namun hanya dua terbaik akan dipilih.

Di atas kertas, acara pecut 100m lelaki menyaksika­n Khairul Hafiz Jantan mendahului senarai dengan rekod kebangsaan 10.18s, sekali gus tampak selesa untuk terpilih.

Catatan kedua terpantas dirakamkan Muhammad Azam Masri (10.22s) di Afrika Selatan dan ketiga milik Nixson Kennedy (10.27s) di Terbuka Pahang, namun masingmasi­ng mengalami masalah teknikal.

Badrul Hisyam pula menjadi pelari keempat terpantas selepas catatan 10.29 terbaik miliknya dilakarkan di Brunei.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia